Viral Video Beberapa Lelaki Buat 'Parkour' Gara-Gara Takut Tikus Buat Netizen Terhibur
Beraninya dia pegang tikus macam tu!
Pasti ramai di antara kita yang tidak suka dan geli dengan tikus
Manakan tidak, haiwan perosak yang selalunya kotor dan membiak dengan cepat ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang berbahaya. Bukan itu sahaja, haiwan tersebut juga sukar dibasmi memandangkan jangka hayatnya yang lebih panjang berbanding haiwan perosak lain.
Tapi itulah, lain orang lain benda atau haiwan yang ditakutinya. Ada yang berani dan tidak geli langsung dengan tikus siap berani pegang lagi!
Baru-baru ini menerusi laman Twitter seorang remaja telah memuat naik video rakan-rakannya lari lintang-pukang disebabkan seekor tikus. Siap ada yang buat parkour lagi!
Dalam video berdurasi 15 saat itu, dapat dilihat remaja yang bernama Darwish itu sedang memegang ekor tikus tersebut lalu secara sengaja mengacah rakan-rakannya.
Apa lagi? Masing-masing mulalah lari sambil terlompat siap buat parkour lagi ekoran takut dan geli pada haiwan perosak berkenaan.
Lihat video di bawah:
Kejadian tersebut difahamkan berlaku dalam salah sebuah asrama di MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka.
Susulan daripada tularnya rakaman itu, rata-rata warganet meluahkan rasa geli mereka di ruangan reply. Ada juga yang bertanyakan bagaimana Darwish berani untuk memegang tikus itu malah ada juga yang terhibur melihat telatah rakan-rakannya.
Antara komen menarik dari warganet:
Lawak, lawak juga. Tapi perlu diingat bahawa tikus boleh membawa pelbagai penyakit berbahaya seperti yang dinyatakan Dr. Nimelesh.
Peringatan: Jikalau terkena gigitan tikus, terus pergi ke klinik untuk dapatkan suntikan tetanus dengan segera, tau!