Serangan Siber Tidak Akan Padam Rekod Pinjaman Bank, Sistem Sandaran Lindungi Data
Difahamkan ia mustahil untuk dihapuskan secara kekal menerusi serangan siber.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rekod pinjaman pelanggan institusi perbankan mustahil untuk dihapuskan secara kekal menerusi serangan siber
Ia tidak akan dihapuskan walaupun pencerobohan sedemikian berupaya memadam, mengubah suai atau menyulitkan (encrypt) data operasi bagi tempoh tertentu.
Dilaporkan oleh Berita Harian, kenyataan ini telah dibuat oleh Penyelidik Kanan Centre for Cybersecurity and Data Intelligence (CCDI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Zubaile Abdullah mengatakan sistem perbankan moden dibina dengan pelbagai lapisan keselamatan yang kukuh termasuk kawalan akses ketat, jejak audit transaksi, sistem sandaran (backup) dan mekanisme pemulihan data berperingkat.

Penyelidik Kanan Centre for Cybersecurity and Data Intelligence (CCDI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Dr Zubaile Abdullah.
Image via Utusan"Rekod pinjaman boleh wujud dalam beberapa sistem berbeza. Sekiranya penggodam berjaya memadamkan rekod pinjaman dalam pangkalan data utama sesebuah bank, ini tidak bermakna hutang pelanggan turut terhapus.
"Pihak bank masih boleh menggunakan rekod sandaran, sejarah transaksi, dokumen perjanjian pinjaman dan rekod kewangan lain untuk membina semula maklumat tersebut," katanya.
Proses pemulihan data bergantung kepada tahap kerosakan insiden
Menurut Zubaile, proses pemulihan ini bergantung kepada tahap kerosakan insiden, integriti data sandaran dan kecekapan pelan pemulihan bencana bank terbabit.
Baru-baru ini, terdapat isu yang mengatakan beberapa warganet berharap penggodam dapat menyerang sistem bank dan menghapuskan hutang mereka. Walaupun sebagai gurauan, implikasi ini terhadap sistem perbankan sebenarnya sangat serius.

Beliau mengatakan integriti data kewangan terjejas bukan sahaja boleh terjadi pada rekod pinjaman malah baki akaun, transaksi pembayaran dan perkhidmatan perbankan kepada orang ramai.
Selain itu, Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan dan Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin mengatakan risiko serangan siber untuk memadamkan data bank adalah sangat minimum.

Penganalisis Keselamatan dan Politik di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin.
Image via Harian MetroMenurut Dr Noor Nirwandy, perbankan Malaysia dilindungi oleh kawalan pengurusan risiko yang ketat dan entiti itu berada di bawah Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
"Data perbankan adalah komponen yang sangat sukar dimusnahkan kerana ia dilindungi pelbagai lapisan teknologi, termasuk perisian penyulitan (encryption) dan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption)," katanya.
Modus operasi penjenayah siber mula tertumpu kepada penggunaan perisian hasad (malware) dan perisian tebusan (ransomware) untuk mengunci dan memanipulasi data bagi tujuan pemerasan kewangan bukannya menghapuskan hutang peminjam.
Ancaman keselamatan siber Malaysia berada dalam kategori sederhana dan kesiapsiagaan yang mampu untuk menangani ancaman siber.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via