Wajib Tahu Demi Keselamatan, Ini Langkah Penting Jika Kereta Anda Terjunam Ke Dalam Air
Tindakan yang betul dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sekali-sekala anda pasti akan terdengar berita insiden kereta yang terjunam ke dalam sungai, tasik atau parit besar
Perkara ini akan berlaku tanpa diduga dan lebih kerap berlaku ketika cuaca hujan yang lebat atau jalan yang licin.
Dalam situasi cemas ini, setiap saat sangat berharga dan boleh menjadi penentu sama ada anda selamat atau tidak.

Gambar janaan AI.
Image via Google GeminiRamai orang akan panik dan melakukan tindakan yang salah seperti membuka pintu atau cuba menelefon talian kecemasan sehingga mereka sendiri terlupa untuk menyelamatkan diri sendiri.
Jika anda berada di dalam situasi kereta terjunam dalam air, ini langkah penting yang perlu anda lakukan:
1. Jangan panik dan terus tanggalkan tali pinggang keledar segera

Perkara yang paling utama adalah mengawal rasa panik. Fokus untuk keluar dari kenderaan secepat mungkin. Sebaik sahaja kereta mencecah air terus tanggalkan tali pinggang keledar anda dengan segera.
Jika anda membawa penumpang pastikan tali pinggang keledar anda dibuka terlebih dahulu sebelum membantu mereka.
Sama seperti ketika menaiki kapal terbang, selamatkan diri anda supaya anda mampu menyelamatkan orang lain.
2. Cuba buka tingkap kereta sebelum sistem elektrik rosak

Gambar janaan AI.
Image via Google GeminiKereta moden mempunyai tingkap automatik bergantung kepada kuasa elektrik. Apabila air masuk, sistem elektrik biasanya masih berfungsi untuk 30 hingga 60 saat sebelum mengalami litar pintas.
Ketika ini, cuba turunkan tingkap kereta sepenuhnya secepat mungkin. Jangan cuba membuka pintu kerana tekanan air dari luar yang sangat kuat akan menyebabkan pintu mustahil untuk ditolak.
Cubaan membuka pintu juga akan menyebabkan air lebih cepat masuk.
3. Pecahkan cermin sisi kereta jika tingkap tidak boleh dibuka

Jika tingkap tersekat atau sistem elektrik gagal, anda tidak perlu membuang masa menendang cermin hadapan (windshield) kerana cermin tersebut diperbuat daripada kaca berlamina (laminated glass) yang sangat sukar untuk dipecahkan.
Sebaliknya, anda perlu memecahkan cermin sisi atau belakang yang diperbuat daripada kaca terbaja (tempered glass) yang lebih mudah dipecahkan.
Gunakan alat pemecah cermin kecemasan (jika ada) atau besi penyandar kepala (headrest) atau objek berat yang ada di dalam kereta.
Ketuk pada bahagian penjuru cermin bukan di bahagian tengah. Penjuru adalah titik paling lemah cermin.
4. Keluar melalui tingkap dengan kadar segera

Gambar janaan AI.
Image via Google GeminiSelepas tingkap dibuka atau dipecahkan, air akan mula memasuki kabin kereta dengan sangat deras. Keluar sebelum kereta dipenuhi air atau tenggelam sepenuhnya.
Tolak badan anda keluar melalui tingkap. Jika ada kanak-kanak pastikan mereka keluar terlebih dahulu dan pegang tangan mereka sebelum anda keluar.
Ketika anda keluar, jangan sesekali cuba membuang masa mencari barangan berharga seperti telefon pintar, dompet, beg tangan dan sebagainya.
Nyawa anda jauh lebih bernilai daripada segala harta benda yang berada di dalam kereta. Ini adalah keadaan hidup dan mati.
5. Berenang mengikut arah buih bergerak

Jika kereta anda sudah tenggelam dan dipenuhi air, ramai orang akan keliru arah manakah atas atau bawah. Cara paling mudah adalah mecari permukaan air dengan mengikut arah buih naik ke atas atau melihat cahaya yang kelihatan di permukaan.
Peringatan jika anda berada di dalam keadaan ini
Sebagai peringatan, anda perlu menyimpan alat pemecah cermin dan pemotong tali pinggang keledar di tempat yang mudah dicapai seperti poket pintu atau di konsol tengah.
Cara dan teori yang disenaraikan ini mungkin tidak semudah yang disangka ketika dalam kecemasan, tetapi tindakan yang betul dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang. Kekal selamat dan pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan yang baik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via