Tular Rakaman Lelaki Gantung Kucing Di Tingkap Trak Pikap, Kini Diburu Polis

Betul-betul tak ada perikemanusiaan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis kini sedang memburu seorang lelaki selepas rakaman kejam perbuatannya mengikat seekor kucing dan menggantung haiwan itu di luar tingkap

Video itu telah dipadamkan, tetapi beberapa tangkap muat menunjukkan kucing yang tergantung itu telah tersebar di beberapa media sosial.

Dilaporkan oleh Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mengatakan suspek kini sedang dikesan sejurus pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pada jam 6.30 petang semalam, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang telah mengesan satu video berdurasi tujuh saat yang telah dimuatkan di Facebook.

SAYS.com
Image via @ketipang_ketipong_ewah (Threads)

"Video itu memaparkan pemandu sebuah trak pikap mengikat leher seekor kucing dan menggantungnya di luar tingkap kenderaan ketika melalui Jalan Batu 2, Jalan Mersing, di sini.

"Susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,"
katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

SAYS.com
Image via @ketipang_ketipong_ewah (Threads)

Video tersebut telah mengundang kecaman warganet

Dalam video itu, perakam yang merakam lelaki terbabit telah membunyikan hon sambil memegang sebatang kayu.

Orang ramai turut menggesa polis mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana dakwaan melakukan perbuatan kejam terhadap haiwan. Nombor pendaftaran kereta itu telah diberikan kepada pihak berkuasa.

Melalui perkongsian netizen, kucing tersebut adalah milik seorang lelaki. Dia baru sahaja berkongsi video kucing itu yang masih sihat berada di atas papan pemuka kereta.

SAYS.com
Image via @ketipang_ketipong_ewah (Threads)

Beberapa hari selepas itu, terdapat video yang menunjukkan kucing itu digantung menggunakan tali dan dibiarkan di luar tingkap pikap.

"Sumpah penat sedih dengan keadaan Malaysia sekarang, macam boleh senang-senang je seksa haiwan, ada yang siap boleh kata nak racun haiwan apa smua, yg ni smpai berani terang-terang buat macam ni pula, kita ni dah pelan-pelan nak jadi mcm negara yg suka seksa haiwan tu ke, sedihnya bila fikirkan nasib2 haiwan yg tak bersalah ni"

"Bahaya betul, org mcm ni, boleh bebas bergerak dan buat sesuka hati tanpa ada kawalan."

"Tolong la sesiapa selamatkan kucing tu kalau masih hidup, tak nak dia terseksa duduk dengan orang macam ni"

Ada juga perkongsian gambar menunjukkan lelaki tersebut sebenarnya mempunyai gangguan bipolar sah berserta surat doktor.

Seorang netizen mengatakan mempunyai gangguan bipolar bukanlah tiket untuk menyeksa haiwan atau membuat perkara tidak baik.

Menurut perkongsian This is Johor, kucing tersebut didapati masih hidup, tetapi status mengenai kecederaan kucing itu masih belum diketahui.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS