Jensen Huang Letak Jawatan CEO NVIDIA Susulan Skandal ‘Honeytrap’, CEO Interim Dilantik

"Menerajui NVIDIA adalah suatu keistimewaan paling bermakna dalam hidup saya" – Jensen Huang CEO Nvidia.

Cover ImageCover image via ET Electronics News & Tech Spot

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jensen Huang kini telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Esekutif (CEO) untuk NVIDIA

Syarikat itu telah diasaskan oleh beliau sendiri pada tahun 1993 dan kini diganti oleh Colette Kress, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan daripada Lembaga Pengarah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim.

Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Huang di laman rasmi NVIDIA dan pemberhentian ini adalah serta-merta. Kress pula akan meneruskan tugasnya yang sedia ada bersama-sama jawatannya sebagai CEO Interim.

SAYS.com

Jensen Huang, Bekas CEO Nvidia.

Image via Star

Lembaga Pengarah NVIDIA kini akan mencari pengganti tetap untuk jawatan kosong dengan mencari calon dari dalam atau luar NVIDIA.

Colette Kress telah menyertai NVIDIA pada September 2013 dan menjadi Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan sejak itu. Sebelum itu, dia telah bekerja di Cisco dan Microsoft dengan pengalaman lebih 25 tahun.

SAYS.com

Colette Kress, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan & CEO Interim NVIDIA

Image via NVIDIA

Mengapa Jensen Huang meletak jawatan sebagai CEO NVIDIA?

Lembaga Pengarah NVIDIA dan FBI telah melancarkan siasatan ke atas Huang selepas dia mengakui mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang dituduh sebagai seorang perisik dari China.

The New York Times melaporkan Huang mempunyai satu lagi hubungan sulit dengan seorang eksekutif di syarikatnya.

SAYS.com
Image via Reuters

Perkara ini sekaligus menyebabkan nilai saham NVIDIA ketika ini telah merosot dengan teruk.

NVIDIA selama ini membekalkan cip komputer canggih untuk permainan video dan server cloud. Tetapi sejak beberapa tahun ini, mereka telah memberi fokus besar kepada industri AI.

NVIDIA sejak itu telah menjadi syarikat kedua paling bernilai di dunia dengan nilai RM16.34 trilion.

SAYS.com
Image via NVIDIA

Tim Sweeney, Ketua di sebalik Epic Games, mengatakan perkara ini seolah-olah seperti Apple memecat Steve Jobs, dan tahap kebodohan jika membuang Huang boleh memberi masalah besar buat Amerika Syarikat.

"Huang adalah seorang yang menjadi penggerak berwawasan untuk masa depan teknologi, daripada era GPU permainan video hinggalah ke CUDA dan superkomputer AI,

"Jensen Huang telah menjadi pengasas NVIDIA yang telah berjaya mencecah skala yang sangat besar dengan penuh inovasi," katanya.

Huang dalam kenyataan mengatakan beliau telah memohon maaf atas apa yang berlaku dan kerana curang terhadap isterinya. Beliau mengaku telah menyakiti hati anak-anaknya. Perkara ini tiada alasan lain melainkan atas perbuatannya sendiri.

SAYS.com
Image via CNN

"Sepanjang hidup saya, keluarga telah memberikan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Mereka berhak menerima kejujuran dan kesetiaan daripada saya. Sebaliknya, saya telah mengecewakan mereka dan merosakkan kehidupan yang telah kami bina bersama. Saya memikul tanggungjawab sepenuhnya atas segala perbuatan saya serta kelukaan yang telah saya lakukan, dan saya menerima segala kritikan yang menyusul.

"Buat rakan-rakan sekerja di NVIDIA, termasuk anda semua yang telah bekerjasama dengan saya sejak berpuluh tahun lalu, serta barisan lembaga pengarah, rakan kerjasama, dan pemegang saham di seluruh dunia: anda berhak menerima kepimpinan yang lebih baik daripada saya. Menerajui NVIDIA adalah suatu keistimewaan paling bermakna dalam hidup saya. Tugas saya adalah untuk berkhidmat kepada anda dan menepati kepercayaan yang diberikan. Saya akui telah terkurang dalam memikul tanggungjawab itu. Saya komited sepenuhnya kepada NVIDIA dan akan bekerja keras demi mengembalikan kepercayaan anda."
katanya.

NVIDIA juga telah mengucapkan terima kasih kepada Jensen Huang atas segala jasa baik sehingga menjadi salah satu syarikat teknologi paling penting dalam dunia dan industri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS