seismik

Syed Saddiq Nervous Nak Jadi 'Saitama', Dana Cabaran #BotakChallenge RM200K Makin Hampir

Cabaran itu dianjurkan beliau demi bantu pelajar di Muar.

Cover image via @SyedSaddiq (Twitter)

Siapa je tak kenal dengan ahli politik muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sering membuat challenge untuk para pengikutnya di media sosial

Namun baru-baru ini, Syed Saddiq telah menganjurkan #BotakChallenge iaitu cabaran membotakkan rambut sekiranya beliau berjaya meraih dana sumbangan sebanyak RM200,000 dalam masa 5 hari.

Umum sedia maklum, bahawa kempen pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar yang memerlukan di Muar sudah lama dianjurkan oleh beliau sebelum ini.

Begitupun, inisiatif yang diambil Syed Saddiq pada kali ini dilihat dapat meringankan beban beliau bagi meneruskan kempen ‘satu komputer riba untuk satu keluarga’ di samping orang ramai turut sama dapat menyumbang bagi kempen berkenaan.

Dalam tempoh 24 jam sahaja, Syed Saddiq berjaya meraih kutipan sebanyak RM61,410 selepas ianya dibuka.

Mula rasa nervous nak botakkan kepala selepas berjaya kumpul RM144,760 setakat ini

Kutipan itu melonjak naik selepas beliau membuat satu live memasak di Facebook dan Instagram, kemudiannya menerima banyak mesej daripada para pengikutnya di media sosial bagaimana caranya mereka untuk membantu.

Guys, kita dah dapat RM144,760.00!!!!!

Terima kasih kerana banyak bantu. Tadi lepas FB & IG Live Memasak saya, ramai yang mesej tanya macammana nak bantu.

Come on guys! Saya dah nervous nak botak ni.

Tinjauan di media sosial milik Syed Saddiq pula mendapati, rata-rata netizen nampak gayanya seperti tidak sabar untuk melihat gaya rambut botak Ahli Parlimen Muar itu

Belum sempat rambut beliau dibotakkan, ada juga netizen yang kreatif dan menyunting gambar profilnya dengan rupa paras berkepala botak. 

Jika dilihat gambar suntingan tersebut, rata-rata netizen berkata bahawa wajah botak Syed Saddiq disamakan dengan rupa paras botak karakter anime Saitama daripada One Punch Man.

Berikut di bawah beberapa komen menarik daripada netizen di media sosial milik beliau:

Tak sabar nak tengok Syed Saddiq botak, tolong buat live ya netizen perlu tahu :p

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: