seismik

Syed Saddiq Dedah Elaun Menteri Terima, Netizen Berang Elaun Pinggan Mangkuk Sampai RM42K!

RM42,000 bersamaan dengan gaji minima selama tiga tahun.

Cover image via FMT & Just Destiny Mag

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengarahkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengisytiharkan harta sebagai siasatan ke atas wang tunai kira-kira RM250,000 yang hilang di rumahnya

Arahan itu dibuat agensi anti-rasuah terbabit untuk menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM berkaitan rasuah, seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today.

Image via Astro Awani

Sebelum ini, Syed Saddiq telah membuat laporan polis pada 29 Mac lalu, mendakwa wang itu disimpan dalam peti keselamatan di rumahnya. Katanya, hanya beberapa orang tahu kod peti keselamatan itu yang kali terakhir dibukanya pada 13 atau 14 Mac lalu.

Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu serta dua lagi individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara tersebut.

Baru-baru ini, melalui satu kenyataan di laman Facebook, bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah meluahkan rasa terkilannya dengan desas-desus yang mengaitkan dirinya dengan perilaku rasuah

Menurutnya, wang yang hilang itu adalah milik beliau serta keluarga dan beliau sudah pun membuat laporan polis mengenai wang berkenaan untuk tujuan renovasi rumah.

Image via Straits Times

Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Muar itu turut menjelaskan semasa beliau berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan, beliau adalah salah seorang menteri pertama yang mengisytiharkan aset dan juga mengamalkan dasar tender terbuka untuk semua kontrak.

Tambahnya lagi, gaji menteri dan ahli parlimen berjumlah RM55,000 sebulan, dan tidak termasuk sekiranya menteri kerap balik ke kawasan atau menghadiri program yang jauh dari pejabat, kerana terdapat insentif tambahan.

Kenyataan yang sama turut dikongsikan semula Syed Saddiq di laman Twitter miliknya.

Kenyataan tersebut bagaimanapun telah mendapat reaksi negatif daripada warganet yang mana telah mempersoalkan mengapa menteri memperoleh elaun pinggan mangkuk sebanyak RM42,000

Meninjau di laman Twitter, rata-rata yang terkejut dengan pemberitahuan ini. Di samping itu, ada juga yang merasakan elaun 'one-off' tersebut yang bersamaan dengan gaji minima selama tiga tahun itu mampu menanggung ramai lagi mereka yang dalam kesusahan.

Berikut adalah antara beberapa komen daripada warganet di Twitterjaya:

Apa pendapat anda tentang kenyataan ini?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel terkini di laman SAYS:

You may be interested in: