seismik

Syed Saddiq Buat TikTok 'How To Be A Good Husband', Ramai Gadis Offer Minta Jadi Isteri

Amboi ramainya nak jadi isteri YB.

Cover image via @syedsaddiq (TikTok)

Umum sudah mengenali dengan ahli politik muda YB Syed Saddiq yang juga boleh dikatakan sudah menjadi seorang tiktokers pada masa kini

Setiap minggu pasti ada saja video-video TikTok yang menarik dikongsikan oleh beliau untuk para pengikutnya.

Para pengikutnya juga tidak jemu memberikan kata-kata pujian dan positif kerana video yang dimuat naiknya kebanyakannya memberi manfaat.

Raut mukanya yang kacak dan gayanya yang bersahaja membuatkan ramai gadis tidak keruan apabila melihat video daripadanya.

Video How to be a good husband ini adalah pesanan kepada kaum lelaki

Kali ini, beliau tampil sekali lagi dengan video baru yang dimuat naiknya hasil kolaborasi bersama dua orang pengamal politik iaitu Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin dengan topik How to be a good husband.

Beliau juga turut berkongsi video tersebut di laman Twitternya dengan menulis: 

"Parliament season back on and this is me listening to most important advice from 2 superwomen of Malaysia. Ok I’m all ready now!"

"Musim parlimen kembali dan ini adalah saya mendengar nasihat yang paling penting dari 2 wanita hebat Malaysia. Ok saya sudah bersedia sekarang!”

Nasihat penting kepada para lelaki diterjemahkan dalam bentuk video

Ternyata video-video yang dimuat naik beliau banyak berunsurkan nasihat dan pengajaran buat semua lapisan masyarakat.

Melihat kepada kandungan baru dalam video tersebut, beliau, YB Hannah dan Yeo Bee Yin sedang memberi nasihat kepada para lelaki di luar sana tentang bagaimana cara untik menjadi suami yang baik.

Antara pesanan yang diberi adalah:

  • Sentiasa menolong dalam melakukan kerja rumah
  • Bersama-sama bertanggungjawab dalam menguruskan anak 
  • Tidak melakukan keganasan dalam rumah tangga
  • Pastikan anda tidak membuat isteri 'membebel' seperti doraemon

Lihat video penuh di bawah ini:

@syedsaddiq

Parliament season back on and this is me listening to most important advice from 2 superwomen of Malaysia. Ok I’m all ready now!

Dear Future Husband - Meghan Trainor

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen yang positif tetapi yang menariknya ramai para gadis yang mahu menjadi isteri beliau

Ramai ya peminat YB dekat sini. Mentang-mentang dia single :p

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: