seismik

[VIDEO] Dulu Ayah Tak Bagi Bela Kucing, Tapi Sekarang Dia Pula Yang Lebih Siap Berjoget!

Mula-mula tak bagi, lama-lama sayang.

Cover image via @prncssant (Twitter)

Kucing adalah haiwan yang sangat comel, telatahnya yang nakal dan manja dapat mencuit hati setiap orang yang melihat

Memelihara haiwan ini sebenarnya banyak kelebihan. Antaranya memelihara haiwan seperti kucing merupakan satu terapi emosi yang sangat baik.

Mereka yang berada dalam kemurungan juga mampu pulih dari keadaan itu apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.

Sebahagian besar pemilik kucing juga mengatakan kucing membuatkan mereka lebih relaks dan sentiasa berada dalam keadaan tenang. Namun, ada juga yang tidak suka pada kucing kerana alergik dan cara penjagaannya yang agak 'leceh'.

3 tahun lepas ayah tak bagi bela kucing sebab semua busy

Lain pula dengan situasi yang dihadapi oleh gadis ini apabila tular video yang dimuat naiknya di laman Twitter baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Dia memberitahu di mana pada tiga tahun yang lepas, ayahnya tidak membenarkannya untuk membela kucing sebagai haiwan peliharaan kerana semua ahli keluarganya sibuk dan tiada masa untuk menguruskan haiwan tersebut.

Namun, ternyata anggapan si ayah itu telah berubah apabila klip video itu sendiri memperlihatkan aksi comel ayahnya yang tengah seronok berjoget dengan kucing peliharaannya.

Lihat video penuh di bawah ini:

Seronok bila ada kucing peliharaan, siap joget sama-sama

Video tersebut memperlihatkan si ayah sangat terhibur sambil menari dengan si bulus yang diberi nama Muezza itu.

Gadis itu sendiri tidak menjangkakan perangai ayahnya akan berubah selepas dia membela haiwan tersebut di rumah mereka.

Apa yang lebih lucu, si kucing kelihatan begitu 'redha' dan 'pasrah' saja apabila diperlakukan begitu oleh tuannya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 7.5k retweets dan 14.9k likes di laman Twitter.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si ayah

Selain itu, ada juga yang turut berkongsi video kucing peliharaan mereka apabila bersama dengan si ayah masing-masing. Reaksi yang sama juga terlihat.

Dah bela kucing baru tahu seronok dia macam mana ya. Jaga kucing korang baik-baik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: