seismik

"Doakan Kami Punya Zuriat" - Rider Tersentuh Dapat Tip Dengan Nota Daripada Pelanggan

Semoga mereka dapat mempunyai zuriat sendiri.

Cover image via Mohammad Fadly Sum (Facebook)

Rezeki itu datang daripada pelbagai cara. Kadang-kadang kita sendiri tidak menjangka akan menerimanya.

Sungguh cantik perancangan Tuhan kepada kita tapi walau sesusah manapun kita perlu menanam keyakinan dalam diri bahawa rezeki kita pasti sudah tertulis.

Diberi kesihatan yang baik itu juga rezeki. Namun, ada orang yang terlalu bimbang tentang rezeki dan membuatkan hidup mereka sentiasa berada dalam keadaan kerisauan.

Tetapi, berbeza pula dengan kisah seorang pemuda yang berkerja sebagai rider ini menjadi tular di Facebook apabila dia bukan saja menerima tip malah, turut mendapat sekeping nota berserta dengan doa semasa membuat penghantaran makanan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Asian Parent Malaysia

Pelanggan mohon doakan agar mendapat zuriat

Sudah tentu mereka yang sudah berkahwin pasti ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Namun, itu semua telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Rider yang dikenali sebagai Fadly itu berkongsi kejadian berlaku ketika dia sedang membuat penghantaran ke rumah seorang pelanggannya.

Menurutnya kepada sumber, dia sudah bekerja sebagai penghantar makanan sejak sebulan yang lalu. Tapi, ia bukanlah pertama kali dia menerima tip daripada pelanggan ketika membuat penghantaran.

Berbeza kali ini, tip yang diterima dari pelanggannya disertakan bersama sekeping nota ringkas yang menulis memohon agar dia berdoa supaya mereka mendapatkan seorang zuriat.

Walau bagaimanapun, dia tidak menemui pelanggan tersebut kerana mereka melakukan penghantaran secara contactless iaitu penghantaran tanpa bersentuh atau tanpa bersemuka.

Tambahnya, pelanggan berkenaan telah menyediakan satu bekas di luar rumahnya untuk diletakkan makanan dan di situlah dia menemui tip RM5 berserta sekeping nota.

Terus rasa sebak bila baca

Dia percaya bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

"Walaupun masih bujang, saya baca terus jadi sebak. Perkara pertama selepas saya bersyukur dan berterima kasih di atas tip yang diberikan"

"Saya mendoakan mereka dan perkongsian saya di laman sosial agar lebih ramai mendoakan mereka agar dimakbulkan," katanya.

Terdahulu dia sebenarnya baru diberhentikan kerja pada Mei lalu daripada syarikat akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Kini, dia bekerja sebagai penghantar makanan untuk menampung keperluan hariannya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga menunjukkan rata-rata netizen turut mendoakan pasangan tersebut dan memberikan kata-kata positif

Moga dipermudahkan segala urusan buat mereka :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: