seismik

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah bermula pada 14 Oktober yang lalu.

Cover image via Harian Metro & Sinar Harian

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan

Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini.

Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini.

Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT).

Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu.

Image via Malay Mail

Bagi majikan, mereka hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB.

Walau bagaimanapun, bagi memudahkan mereka yang ingin keluar bekerja atau yang berada dalam kecemasan, berikut adalah senarai sekatan jalan raya dan lokasi penutupan jalan untuk makluman anda:

1. Kuala Lumpur

  • Aman Puri
  • Alam Damai Cheras
  • TTDI (berhadapan 1 Utama)
  • Jalan Syed Putra
  • Jalan Genting Klang (berdekatan HKL)
  • MRR2 menuju ke Jalan Ampang
  • Jalan Sultan Ismail (berhadapan Fella Design)
  • Jalan Loke Yew menuju ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur

2. Klang

  • Persiaran Kota
  • Batu 2, Jalan Langat
  • Petron (berhadapan AEON, Bukit Raja)
  • Batu 8, Jalan Meru Tambahan
  • Kapar Batu 10

3. Subang Jaya

  • NPE (berhampiran SS12)
  • Plaza tol Seafield
  • Plaza tol Batu 14, Puchong
  • Plaza tol LPD - PJS7
  • Plaza tol ELITE

4. Hulu Selangor

  • Plaza tol Tanjung Malim
  • Plaza tol Lembah Beringin
  • Plaza tol Sungai Buaya
  • Plaza tol Bukit Beruntung
  • KM79 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur
  • KM60, Kuala Kubu Bharu - Fraser Hill
  • Goh Tong Jaya menuju Batang Kali
  • KM3 Sungai Duyong - Jalan Ulu Yam
  • KM33 Tanjung Malim - Sungai Besar

5. Kajang

  • Balai Polis Beranang
  • Jalan Broga
  • Jalan Bangi - Nilai
  • Jalan menuju Plaza tol Seri Putra

6. Putrajaya

  • Lebuhraya Sentosa menuju lebuhraya MEX
  • Persiaran Selatan menuju Dengkil
  • Persiaran Utara jalan keluar kedua menuju Kajang
  • Persiaran Utara (third exit ke Puchong)

7. Senarai Lebuhraya PLUS

  • Plaza tol Hospital Sungai Buloh
  • Plaza tol Sungai Buloh
  • Plaza tol Rawang
  • Plaza tol Damansara
  • Plaza tol Sungai Besi
  • Plaza tol KLIA
  • Plaza tol Southville City
  • Plaza tol Jalan Duta
  • Plaza tol Setia Alam
  • Plaza tol Shah Alam
  • Plaza tol Putra Mahkota
  • Plaza tol Sungai Buaya
  • Plaza tol Bukit Tagar
  • Plaza tol Bukit Beruntung
  • Plaza tol Lembah Beringin Plaza tol Seafield
  • Plaza tol Rawang
  • Plaza tol Tanjung Malim
  • Plaza tol Bukit Raja
  • Plaza tol Kajang
  • Plaza tol Bangi
  • Plaza tol USJ
  • Plaza tol Putra Heights
  • Plaza tol Bandar Saujana Putra

Senarai Penutupan Jalan

Kota Damansara

  • Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9)
  • Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8)
  • Jalan Persiaran Sungai Buloh (TBS)

Klang

  • Jambatan Musaeddin
  • Jalan Tengku Kelana
  • Jambatan Raja Muda Nala
  • Bukit Raja
  • Jalan Meru ke Jalan Kempas

Perubahan mengenai penutupan jalan dan sekatan jalan raya mungkin akan berlaku tertakluk kepada maklumat terkini.

Image via Astro Awani

Duduk rumah dan stay safe guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: