seismik

Ini 30 Perkara Anda Perlu Tahu Sepanjang Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

PKPB di akan dikuatkuasakan dari 14 Oktober hingga 27 Oktober.

Cover image via Sinar Harian & Harakah Daily

Disclaimer: Artikel ini telah dikemaskini dengan senarai penuh SOP terbaru yang dikeluarkan MKN untuk Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikuatkuasakan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober

Semasa berucap secara langsung dari kediamannya pada hari Selasa, 13 Oktober. "Seperti yang saya umumkan semalam, senarai terperinci mengenai SOP berkenaan dengan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya akan dikeluarkan tidak lama lagi."

"Oleh itu, pagi ini, jawatankuasa teknikal dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah duduk bermesyuarat dan membincangkan senarai terperinci SOP yang dibentangkan semasa mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri," jelasnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Image via Majlis Keselamatan Negara - MKN (Facebook)

Berikut di bawah adalah senarai terkini SOP dan garis panduan untuk perkara anda boleh lakukan dan dilarang buat dalam tempoh PKPB:

1. Kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.
2. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain.

Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian
3. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan.

Sebagai contoh seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.
4. Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.

Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.
5. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).
6. Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.
7. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM.
8. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri adalah dibenarkan dan boleh beroperasi dalam tempoh PKPB.

Antara perniagaan yang boleh dibuka adalah seperti restoran, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian
9. Semua jenis perniagaan terbabit dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
10. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja.

Walaubagaimanapun makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
11. Operasi pasar hari adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Operasi pasar borong pula adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

Sementara itu, operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam.

Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mstar
12. Waktu operasi stesen minyak hanya dibenarkan antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja. (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)
13. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi atau e-hailing dibenarkan beroperasi.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan seperti teksi atau e-hailing maksimum hanya 2 orang penumpang sahaja dibenarkan.
14. Penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
15. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
16. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
17. Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri. 
18. Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.
19. Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.
20. Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.
21. Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian
22. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.
23. Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN. 
24. Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.
25. Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.
26. Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak-kanak ditutup dalam tempoh ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani
27. Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
28. Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan.

Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.
29. Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.
30. Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Patuhilah SOP dan ikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh MKN ini. Ingat, #KitaJagaKita !

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: