Betul Ke Prosedur 'Swab Test' Rasa Sakitnya Sampai Ke Otak? Ini Penjelasan Buat Anda
Malaysia ketika ini sudah pun memasuki gelombang ke-3 Covid-19.
Umum mengetahui kes peningkatan wabak Covid-19 di negara kita semakin membimbangkan dan meningkat saban hari
Individu yang dijangkiti juga adakalanya tidak mengetahui yang mereka telah pun mendapat penyakit tersebut.
Oleh kerana wabak Covid-19 amat cepat merebak kepada manusia melalui pelbagai cara, sebab itu perlunya ujian saringan Covid-19 bagi mengesan individu yang positif terhadap wabak berkenaan.
Antara soalan yang sering ditanyakan adalah "adakah sakit melakukan swab test ini?"
Disebabkan itu, maka ramailah individu yang merasa kurang selesa dan ada takut untuk mengambil sampel swab test tersebut.
Menurut sumber, ianya bukanlah satu prosedur yang menyakitkan, tetapi ia lebih kepada merasa tidak selesa kerana sampel itu diambil daripada hidung (nasofarinks).
Ini antara jawapan yang anda perlu tahu.
1. Kenapa mesti diambil dari hidung?
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa sampel swab test perlu diambil dari hidung, bukannya dari mulut (orofarinks)?
Walaupun ia seakan logik untuk dipertimbangkan, tapi pengambilan sampel swab test melalui hidung adalah lebih tepat dan mudah.
Ia kerana bagi membolehkan doktor untuk mengakses ruang belakang mulut dan hidung tanpa individu tersebut seperti mahu muntah.
Jadi, kerana ruangan hidung yang agak sempit, ia menyebabkan adanya sedikit rasa sakit dan pedih ketika melakukan swab test sehingga ada yang menyifatkan otak mereka turut merasa ditusuk.
2. Sampel yang diambil dari mulut
Semasa awal jangkitan, sampel akan diambil daripada hidung dan mulut kerana mereka masih lagi tidak boleh memastikan mana satu yang lebih tepat untuk mengesan jangkitan.
Namun, setelah melakukan kajian, ternyata cecair yang terkumpul di belakang hidung atau ruangan 'nasofarinks' mempunyai jumlah virus yang lebih tinggi pada fasa awal jangkitan.
3. Perkara yang perlu dibuat semasa sampel diambil
Sampel swab test akan diambil dalam masa beberapa minit saja bagi setiap seorang. Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu diketahui semasa sampel diambil.
- Tidak perlu tahan nafas
- Tidak perlu bergerak (risau menyebabkan kesakitan dan kecederaan)
- Sentiasa berada dalam keadaan tenang
4. Pengambilan sampel air liur
Dalam satu kajian oleh Universiti Yale, keputusan menggunakan sampel air liur agak memberangsangkan walaupun ia masih belum disemak oleh barisan panel ahli akademik.
Kajian tersebut melibatkan pengambilan 121 sampel air liur dan sampel swab hidung daripada 44 subjek mendapati kebanyakan subjek akan merasai kedua-dua kaedah pengambilan sampel swab bagi membuat perbandingan secara langsung.
Selepas dianalisis, mereka mendapati pengambilan sampel swab hidung mempunyai risiko negatif palsu yang tinggi.
Namun, pengambilan sampel swab hidung boleh memberikan keputusan negatif hari ini namun positif pada keesokan harinya.