Selain Dapat Jadikan Kulit Awet Muda, Ini 5 Khasiat Petai Untuk Kesihatan Badan
Petai dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain.
Petai merupakan salah satu sayuran atau ulaman kegemaran yang selalu digunakan dalam makanan rakyat Malaysia
Walaupun ia merupakan sayuran kegemaran sesetengah rakyat Malaysia. Tetapi, ada juga yang tidak meminati sayuran berkenaan kerana akan membuatkan bau mulut dan bau kentut yang kurang enak.
Petai juga mempunyai khasiat tersendiri. Kandungan yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Jom kita lihat antara kebaikan dan khasiat petai untuk kesihatan:
1. Menurunkan tekanan darah tinggi
Kandungan kalium yang berada di dalam petai mengandungi garam yang rendah dan baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko strok.
2. Menghilangkan sakit sembelit
Petai juga dapat mengatasi masalah sakit sembelit. Petai mengandungi serat yang tinggi serta boleh membantu penghadaman bagi menggalakkan pembuangan air besar.
3. Awet muda
Tahukah anda, masyarakat orang asli mempercayai dengan memakan petai dapat mengekalkan anda tampak lebih muda. Kandungan 'flavonoid' dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit bagi memastikan kesegaran tubuh.
4. Mengatasi anemia
Zat besi yang terkandung di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes anemia atau pesakit yang kekurangan darah.
5. Mengawal sindrom pra-haid (PMS)
Vitamin B6 petai membantu untuk mengawal dan meneutralkan paras gula dalam darah serta membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan masalah sindrom pre-menstrual.