seismik

"Tak Faham Apa Maksud Lock" - Ismail Sabri Bingung Ketika Netizen Cuba Bida Barang Rumah

Banyak betul ya idea netizen sekarang.

Cover image via Majlis Keselamatan Negara - MKN (Facebook)

Umum sedia maklum, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di rumahnya buat sementara waktu

Ia disebabkan susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19.

Terdahulu, mereka berdua turut berada di dalam mesyuarat yang dihadiri olehnya dan menyebabkan semua ahli mesyuarat terpaksa menjalani kuarantin kendiri.

Seperti biasa, sidang media khas dari MKN akan berjalan seperti selalu, tetapi kali ini agak berbeza kerana beliau mengadakan sidang media di kediamannya.

Sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) itu dilakukan oleh beliau menerusi video live di Facebook tanpa dihadiri oleh pihak media. 

Kalau dulu netizen menyamakan pakaian beliau dengan pelbagai jenis makanan, kali ini lain pula jadinya

Image via Mstar

Terbaru, beliau yang juga digelar sebagai Pak Long Mail terus mendapat perhatian netizen apabila latar belakang semasa sidang media di rumahnya pula menjadi bualan.

Pada sidang media itu, kelihatan sebuah rak yang tersusun kemas beserta beberapa perhiasan termasuk topi keledar, tengkolok, keris, replika rumah kampung dan juga sekeping bingkai gambar.

Gelagat netizen yang mencuit hati itu disedari oleh beliau sendiri yang terbaca komen-komen netizen selepas habis sidang media tersebut.

Aduhai, lepas satu-satu ya netizen ni buat hal. Apa pun stay safe guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: