seismik

"Orang Kita Dah Tak Reti Bahasa Melayu Ke?" - Rapid KL Ditegur Guna Iklan Bahasa Mandarin

Bahasa jiwa bangsa.

Cover image via Jazli Dawani (Twitter)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menyelar tindakan pihak Rapid KL yang menggunakan bahasa mandarin bagi mempromosi iklan

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai Rapid KL yang menggunakan iklan berbahasa mandarin bagi mempromosikannya dalam perkhidmatan mereka. 

Di dalam satu posting yang dimuat naik di laman Facebook, PPIM telah mempersoal tindakan oleh pihak Rapid KL itu yang memaparkan beberapa iklan berbahasa mandarin di dalam sebuah kereta api milik mereka.

"Orang Malaysia dah tak reti bahasa melayu ke?" 

"Lagi sekali iklan yang tidak menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama di iklan di tempat awam. Masih lagi tak sedar." 

Posting itu mendapat lebih dari 6k likes, 1k comments, dan 1k shares ketika artikel ini ditulis. Isu itu kemudian mula hangat diperkatakan apabila seorang individu memuat naik ciapan di laman Twitternya yang menunjukkan ruang iklan berbahasa mandarin itu.

Rata-rata komen yang dilihat juga turut mempersoal tindakan Rapid KL yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama

Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga dengan bahasa kebangsaan kita.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: