"Kata Nak Beli Snek Sikit Je" - Baru Pertama Kali Dating, Lelaki Ini Dah Kena Pow RM666
Banyaknya belanja, RM666 untuk snek makanan saja.
Kalau minggu lepas kecoh pasal kisah burger berharga RM460, kali ini timbul pula cerita apabila seorang lelaki kena game lepas date dengan seorang wanita
Menerusi satu perkongsian posting viral di laman sosial, seorang pengguna Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar dan screenshot antara perbualan seorang lelaki dan seorang wanita.
Dikatakan, lelaki dan wanita itu berkenalan melalui media sosial dan ia adalah pertemuan pertama mereka. Wanita itu cuba mengajak lelaki tersebut untuk berjumpa dengannya sehingga dia bersetuju.
Namun, setelah balik daripada date, lelaki tersebut terkejut apabila tidak dapat menghubungi wanita berkenaan kerana telah menyekat nombornya selepas dia sudah berhabis RM666 untuknya.
Cakap nak beli sikit, tapi penuh satu bakul wanita itu borong
Mereka kemudian berjumpa di salah sebuah pasar raya kerana wanita tersebut ingin membeli sedikit beberapa snek makanan.
Lelaki tersebut sempat mengambil gambar wanita berkenaan yang mengatakan ingin membeli sedikit saja snek makanan tetapi lain pula jadinya bila sampai.
Hampir RM700 kena bayar untuk snek makanan tersebut
Sebelum itu, wanita berkenaan ada memberitahu bolehkah lelaki itu datang ke pasar raya dan belanjanya sedikit snek makanan. Tetapi, lelaki itu tidak kisah kerana hanya ingat ia adalah masalah kecil.
Semasa membuat pembayaran, lelaki tersebut terkejut kerana terpaksa membayar RM666 untuk kesemuanya.
Oleh kerana sudah berjanji untuk membelanjanya, lelaki itu akhirnya setuju membayar juga.