seismik

[VIDEO] 7 Bulan Terpisah Sebab Tugas, Suami Kembali Buat 'Surprise' Untuk Keluarga

Begitu besar dugaan yang perlu dihadapi oleh frontliner kita.

Cover image via Massoezailin Saleh (Facebook)

Disebabkan Covid-19, petugas barisan hadapan terpaksa mengorbankan masa dan tenaga demi menjaga keselamatan negara

Sememangnya musim Covid-19 adalah musim dimana para petugas barisan hadapan perlu bekerja lebih masa demi merawat pesakit-pesakit yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Jika mereka sudah berkeluarga, pastinya itu adalah satu cabaran buat mereka kerana terpaksa mengorbankan masa di tempat kerja kerana situasi yang sukar sekarang.

Tular di media sosial baru-baru ini menerusi sebuah video di Facebook apabila seorang bapa iaitu juga petugas barisan hadapan yang terpaksa berpisah dengan keluarganya selama 7 bulan kerana tuntutan kerja.

Bagaimanapun, isterinya telah mengetahui kepulangannya kecuali anak-anak mereka. Pastinya kepulangan seorang bapa sangat dinantikan oleh anak-anak yang merindui kasih seorang bapa. 

Menyamar sebagai orang aircond. Tetapi anak-anak tetap ada instinct bahawa itulah papa mereka

Menerusi status yang dimuat naiknya, beliau meluahkan rasa syukur kerana akhirnya mendapat berita suaminya akan pulang ke rumah.

Video itu telah menyentuh hati netizen apabila si suami dan isteri merancang untuk membuat kejutan kepada anak-anak dengan si bapa menyamar sebagai orang yang membaiki aircond di rumah mereka.

Lihat video penuh ini di bawah: 

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan ada yang tidak dapat membayangkan kerinduan jika menghadapi situasi yang sama

Terima kasih kepada semua frontliner yang bertugas demi menjaga keselamatan negara!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: