seismik

“Tak Pasal-Pasal” - Lelaki Ini Kena Bayar Harga Burger RM920 Masa Pesta Hari Jadi

Kalau bab makan memang semua orang suka. Tapi kenalah agak-agak dengan harga tu.

Cover image via Facebook

Nak makan di restoran mahal boleh tapi kenalah tengok dengan bajet dan kemampuan kita

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Liddy membuat satu perkongsian mengenai seorang lelaki.

Dia mendedahkan bahawa lelaki tersebut enggan membayar bil makanan yang berasingan selepas menyertai satu pesta makan malam sempena sambutan hari jadi.

Image via Facebook

Menurut Liddy dia merupakan kawan kepada birthday girl yang menyambut pesta hari jadi tempoh hari. Dia memberitahu lelaki tersebut mahu turut serta dalam pesta itu untuk mencuba berkenalan dengan birthday girl berkenaan.

Liddy menceritakan lagi selepas habis makan kesemuanya, masing-masing bersetuju untuk membayar makanan mereka secara berasingan (split bil) mengikut jumlah orang yang hadir pada masa tersebut. 

Dikatakan lelaki tersebut sudah berjanji dan bersetuju untuk membayarkan makanan bahagian birthday girl tersebut. Namun, dia menarik balik janji itu dan hanya mahu membayar bahagian makanan yang dia pesan sahaja.

"Kalau kau tak mampu nak makan, tak payah beria nak bayarkan untuk dia. Bukannya kita orang tak boleh bayarkan. Kalau nak cuba mengurat perempuan bukan begini caranya"
katanya menerusi satu perkongsian.

Lelaki itu terpanggil respon dan menjelaskan segalanya

Image via Facebook

Oleh kerana ia menjadi tular, lelaki tersebut tampil untuk membuat penjelasan dengan menceritakan hal sebenar.

Mendakwa yang dirinya telah difitnah, lelaki itu kemudian berkongsi beberapa keping gambar dan mendedahkan perkara sebenar.

1. Dia tidak mahu mengurat perempuan itu.
2. Birthday girl sendiri yang memaksa untuk dia turut serta dalam pesta tersebut walaupun dia banyak kali sudah menolak.

Menurut lelaki itu, dia pada awalnya enggan untuk menghadiri pesta tersebut kerana tidak mengenali rakan-rakannya. Tapi, birthday girl tersebut terus mengajaknya sehingga dia pun bersetuju.

Oleh itu, berlakulah salah faham antara mereka semua.

Hampir RM 1,000 perlu dibayar untuk sebiji burger

Dipendekkan cerita, lelaki itu hanya memesan burger dan air sahaja yang dianggarkan lebih kurang RM80+, sementara 7 orang yang lain memesan makanan yang mahal-mahal dan alkohol.

Semasa hendak membuat bayaran, lelaki itu diarahkan untuk membayar RM460 seorang termasuk birthday girl membuatkan harga ini menjadi double.

"Aku bukan berkawan dengan korang sangat, aku ni orang luar kot," katanya
.

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Tambahnya, jika dari awal dia tahu kena bayar sebanyak ini, dia tidak akan bersetuju untuk hadir.

"Kalau kawan korang tak mampu lepastu pesan sampai jadi beribu-ribu, lepastu nak bayar asing. Kau ingat aku bodoh? "katanya.

Apa kata korang? Boleh nak makan mahal-mahal tapi cek poket tu dulu okay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: