[GAMBAR] Jom Singgah! Monumen Anak-Anak Sidek Tarikan Baru Di Selangor
Dulu masa kecil memang tak lepas tengok cerita anak-anak Sidek.
Impak keluarga Sidek dalam sukan badminton tidak perlu lagi diperkatakan dan menjadi mercu tanda kejayaan sukan itu hingga kini
Sukan badminton sudah tidak asing lagi antara sukan yang menjadi tumpuan di Malaysia. Seperti yang kita tahu, sukan badminton ini telah melahirkan ramai pemain-pemain hebat di Malaysia, dan antara nama yang sering disebut sehingga kini adalah anak-anak Sidek.
Anak-anak Sidek menjadi fenomena negara suatu ketika dulu kerana kesemua ahli keluarga ini pernah menjadi wakil untuk Malaysia dalam kejohanan-kejohanan terbesar di dalam dan luar negara.
Sudah pasti kenangan itu menjadi sejarah buat malaysia untuk terus maju dalam sukan badminton. Sehingga kini, khidmat Sidek Brothers masih lagi dituntut bagi memastikan pemain muda negara dapat mengulangi kejayaan Piala Thomas yang pernah dilakukan oleh keluarga Sidek pada tahun 1992.
Tampil dengan idea untuk membaik pulih monumen badminton keluarga Datuk Sidek
Projek yang dilakukan oleh Kelab Cintai Sukan dan Rekreasi Selangor ini, tampil dengan idea untuk membaik pulih monumen tersebut yang bertempat di kediaman keluarga itu di Kanchong Darat, Banting Selangor.
Monumen badminton keluarga Sidek itu akan menjadi satu tarikan baru di Selangor khususnya buat pelancong tempatan ataupun asing di mana mereka boleh bergambar tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Warna gold tanda legend! Memang lawa dan menarik monumen Sidek Brothers ini