seismik

Sebelum Anda Minum Di Restoran, Semak Dulu Ais Batu Itu Air Masak Atau Tidak. Penting!

Kalau anda sejenis yang perhati atau tidak ais batu bila minum di luar.

Cover image via google

Bila pesan minuman sejuk di restoran mesti kita pernah tertanya-tanya ais batu yang dimasukkan ke dalam minuman kita ni guna air masak atau air paip

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Pernah pesan minuman sejuk di restoran dan anda lihat ais batunya tidak jernih? tapi, ada setengahnya anda pernah lihat jernih. Apa bezanya?

Sebenarnya perbezaan ais batu jernih atau tidak sangatlah penting untuk kesihatan kita. Bayangkan jika selama ini restoran yang biasa kita pergi rupanya guna ais batu dari air paip yang tidak dimasak.

Jom periksa perkara penting di bawah sebelum anda meminumnya:

1. Ais batu dari air yang dimasak kelihatan jernih

Air secara semula jadinya mengandungi gas seperti oksigen, mineral dan bahan kimia yang lain. Apabila kita masak, mendidihkan atau menapis air, kandungan mineral dan oksigen yang terkandung dalamnya akan hilang. Jadi ketulan ais yang terhasil daripada air yang ditapis atau dimasak akan kelihatan jernih.

2. Ais batu dari air yang tidak dimasak kelihatan keruh

Untuk air yang tidak dimasak pula, apabila air disejukbekukan menjadi ais, gas yang terkandung akan menjauhi suhu sejuk itu. Maka, gas ini akan terperangkap di dalam dan mengganggu pembentukan struktur ikatan antara molekul air. Ikatan yang tidak sekata ini menyebabkan ais itu berupa keruh.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vitdaily

3. Ais batu yang dimasak lebih lambat cair

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Gas yang terperangkap dalam ais yang keruh menjadikannya lebih cepat mencair berbanding ais yang jernih.

Ia kerana gas yang terperangkap akan mempercepatkannya mencapai suhu bilik. Kita akan dapat menikmati minuman sejuk lebih lama jika meletakkan ais batu jernih dalam minuman. 

4. Ais batu yang jernih lebih sedap

Oleh kerana kandungan molekul air yang lebih padat tanpa gas tadi, rasa ais juga menjadi lebih sedap dan asli tanpa “memerangkap” sebarang perasa daripada peti ais atau persekitaran tempat ia disimpan.

Image via Giphy

Jadi, lepas ini kalau nak minum dekat kedai kena periksa dulu okay.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: