seismik

[VIDEO] "Lain Kali Jangan Suka-Suka Nak Kenakan Orang" - Lelaki Simbah Air Pada Jurutol

Marah macam mana sekalipun, adab tetap kena jaga.

Cover image via Funtastiko

Semalam, polis telah menahan seorang lelaki yang menyimbah air minuman kepada jurutol seperti tular di media sosial dalam kejadian di Plaza Tol Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

Tular di media sosial apabila satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan seorang lelaki menyimbah air kepada seorang jurutol di Lebuhraya KESAS.

Kejadian yang berlaku pada pagi semalam, turut mengundang pelbagai reaksi warganet. Rata-ratanya mengecam kerana tindakan biadap lelaki tersebut. 

Suspek yang memandu Perodua Bezza masuk ke lorong tol dan mahu membuat tambah nilai

Image via Harian Metro

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 7 pagi apabila lelaki tersebut memasuki lorong itu untuk membuat tambah nilai bagi touch n go.

Menurut sumber, mangsa telah memaklumkan kepada suspek bahawa tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong bersebelahan memandangkan lorong itu tiada kemudahan tambah nilai.

Bagaimanapun, lelaki itu kembali semula ke pondok tol tersebut kira-kira jam 9.20 pagi dengan membawa sebungkus air. 

Image via Facebook

Sambil menyedut minuman, lelaki itu berkata kepada mangsa, "lain kali jangan suka-suka nak kenakan orang", lalu menyimbah minuman tersebut ke arahnya dan terus beredar.

Lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh pihak polis!

Disebabkan kejadian itu, mangsa yang takut dengan ugutan suspek tampil membuat laporan pada 4.25 petang.

Bertindak atas laporan berkenaan, sepasukan polis yang menjalankan siasatan mengesan suspek dan berjaya menahannya. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: