seismik

"You Never Asked To Be Born This Way" - TikTok Gadis Ini Dapat Sambutan Golongan LGBT

TikTok juga merupakan satu platform yang baik untuk berdakwah.

Cover image via TikTok/Nur Izzati Elya Alfian

Gadis ini mencuri tumpuan warganet apabila pendekatan dakwah secara berhemah kepada komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) menerima komen positif di aplikasi TikTok

Video pendek yang dimuat naiknya itu mendapat tontonan yang tinggi malah turut menerima komen positif daripada warganet.

"Jujurnya, saya 'anti' dengan TikTok tetapi rakan minta saya ubah persepsi dan jadikan aplikasi itu sebagai medium dakwah," kata penulis buku dan penceramah motivasi, Nur Izzati Elya Alfian.

Dia juga tidak menyangka video yang dimuat naiknya itu diterima baik komuniti LGBT dari dalam dan luar negara termasuk dari Indonesia dan Turki. 

Idea untuk menyampaikan dakwah di TikTok itu tercetus hasil dorongan daripada rakannya

Sudah pasti TikTok menjadi satu tumpuan yang baik dalam memasarkan sesuatu perkara. Aplikasi itu menjadi salah satu aplikasi yang sedang trending dalam pada masa kini.  

Hasil daripada dorongan rakannya, dia bersetuju untuk memanfaatkan platform berkenaan.

Menurut sumber, dia baru sahaja memuat turun aplikasi TikTok pada bulan lalu kerana lebih banyak memuat naik video pendek dakwah di Instagram (IG) dan Twitter.

Terpanggil berdakwah di TikTok adalah selepas melihat tanda pagar #tetapbangga di Twitter

Gambar hiasan.

Image via Google

Tanda pagar #tetapbangga di Twitter menjadi isu hangat baru-baru ini membuatkan dia terpanggil untuk berdakwah.

"Mulanya saya mahu sampaikan mesej secara verbal seperti yang dilakukan dalam video sebelum ini tetapi akhirnya melakukan kelainan iaitu dengan mengangkat kertas putih tertera mesej yang ingin disampaikan

"Saya tidak berseorangan kerana dibantu rakan yang merakam video selain mengolah dan menyunting ayat digunakan supaya bahasa digunakan lebih lembut serta berhemah,"katanya.

Video diterima baik oleh golongan LGBT, malah ada menghantar mesej peribadi (DM) ucap terima kasih

Manusia, kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Namun, dia tidak sangka video itu dapat mengubah hati seseorang.

Apa yang lebih membanggakan ramai golongan LGBT menghantar kiriman mesej peribadi (DM) di IG untuk mengucapkan terima kasih dan terharu apabila mereka menyatakan keinginan berubah ke arah lebih baik.

"Sudah tentu ada komen negatif kerana tidak semua sukakannya namun kebanyakannya daripada golongan ekstrem LGBT yang mengajak rakan mereka bersama menghentam saya.

"Mungkin mereka terasa sedangkan mesej dan dakwah saya cuba sampaikan itu secara umum dan sebenarnya khusus kepada golongan LGBT dalam kalangan Muslim saja," katanya.

Apa pun, kecaman itu tidak membuatkannya berputus asa sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk terus berdakwah.

Gambar hiasan.

Image via Utara Daily

Berdakwah sebegini yang kita perlukan, tidak menggunakan kekerasan malah sayang dengan golongan ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: