seismik

Portal Khas Untuk Belia Cari Pekerjaan, Ini Cara Paling Mudah Mohon & Daftar

Bagi yang masih mencari kerja, wajib baca artikel ini.

Cover image via Nany Rahman / SAYS Seismik

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini melancarkan portal khas bagi memudahkan golongan belia mendapatkan maklumat berhubung pelbagai program dan inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan

Memandangkan keadaan Covid-19 yang masih belum reda dan pulih di negara kita, pasti banyak kemungkinan yang akan berlaku.

Lebih-lebih lagi ia amat dirasai oleh para belia yang sudah tamat pengajian dalam tempoh pandemik. Mencari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah buat masa sekarang, mereka juga perlu bersaing dengan segelintir orang yang sudah pun mempunyai pengalaman. 

Image via IYRES

Menurut kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, laman sesawang berkenaan diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan golongan belia memperoleh maklumat berkaitan pelbagai program dan inisiatif yang diperkenalkan oleh 14 kementerian di bawah satu bumbung.

Portal berkenaan menyediakan peluang pekerjaan khas untuk belia, selain daripada kemudahan oleh kerajaan

Untuk langkah permulaan, sistem eBelia di bawah IYRES akan menjadi titik mula sinergi ini sebelum proses migrasi dan transformasi sepenuhnya ke dalam sistem portal baharu yang sedang dibangunkan termasuklah single sign-on ke sistem-sistem oleh agensi kerajaan yang lain.

"Hasilnya, kolaborasi KBS bersama MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) kini boleh dimanfaatkan dalam sistem eBelia ini di samping peluang pekerjaan yang disediakan melalui sistem carian pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)," jelasnya.

Terdapat tiga jenis patform yang disediakan dalam portal khas eBelia iaitu:

  1. myGIG
  2. MyFutureJobs PERKESO 
  3. Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Image via IYRES

Untuk makluman, hanya yang berusia 15 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk mendaftar eBelia IYRES

Cara mendaftar: 

Bagi anda yang telah tepati syarat kelayakan dan ingin berminat untuk membuat pendaftaran, anda boleh ikuti maklumat di bawah untuk membuat pendaftaran :


  • Pendaftaran adalah percuma
  • Layari ke laman web http://ebelia.iyres.gov.my/register
  • Klik Daftar bagi pendaftaran akaun baru
  • Klik Log Masuk bagi yang telah berdaftar dan pengemaskinian maklumat

Semoga info ini dapat membantu anda yang masih struggle cari kerja!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: