seismik

UiTM Perkenal Konvo Secara Janji Temu, Ramai Pelajar Luah Rasa Kecewa & Mahu Refund Yuran

Konvokesyen merupakan satu momen indah yang kita tak akan dapat lupakan.

Cover image via UiTM

Umum sedia maklum, Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan salah satu universiti awam yang selalu mengadakan konvokesyen setiap tahun untuk para pelajarnya

Begitupun, UiTM sekali lagi mencuri perhatian netizen terutamanya dalam kalangan pelajarnya apabila kali ini mereka memperkenalkan majlis konvokesyen secara janji temu.

Majlis konvokesyen selalunya diadakan bagi meraikan semua pelajar yang sudah tamat sesi pembelajaran mereka. Sudah pasti semua graduan ingin merasai sendiri pengalaman bermakna ini apabila naik ke pentas menerima skrol diploma atau Ijazah mereka.

Sebelum ini, UiTM ada mengeluarkan kenyataan yang mereka akan mengadakan konsep konvokesyen secara green screen iaitu pelajar akan mengambil dan memakai terus jubah konvokesyen lalu merakam gambar mereka di hadapan green screen tersebut.

Gambar hiasan.

Image via Remaja

Berbeza pula dengan kali ini, UiTM sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa akan melaksanakan majlis konvokesyen melalui janji temu dimana ia merupakan satu langkah alternatif yang dilakukan demi menjaga keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan (4K) para graduan, ibu bapa dan seluruh warga yang terlibat.

Ianya berikutan pandemik Covid-19 yang masih berleluasa dan peningkatan kes yang tidak menentu

Naib Canselor dan Pengurusan Tertinggi UiTM mengambil langkah berhati-hati untuk mengelak penyebaran penyakit ini dari terus tersebar. Sebenarnya ada baiknya juga untuk pihak UiTM sendiri tidak mengadakan majlis konvokesyen seperti sebelum ini kerana ia sangat berisiko tinggi kepada semua orang.

Menurut kenyataan daripada pihak UiTM, jumlah graduan bagi satu sesi konvokesyen adalah seramai lebih kurang 25,000 orang, istiadat konvokesyen yang biasanya dilaksanakan sebanyak dua kali setahun tidak dapat dilakukan pada kali ini.

Gambar hiasan.

Image via Hello Kerja

Ia dijadualkan akan bermula pada 24 Mac lalu namun terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Janji temu yang diperkenalkan ini telah mengambil kira pelbagai aspek yang berkaitan 4K dengan merujuk Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Menerusi tinjauan di laman Facebook UiTM mendapati ramai yang tidak setuju dan kecewa dengan konsep yang diperkenalkan ini kerana masa yang diberikan amat terhad

Rata-ratanya meluahkan perasaan kecewa dengan konsep yang diperkenalkan itu.

Berikut di bawah antara komen netizen terutamanya dalam kalangan para pelajar UiTM sendiri:

Jadi, apa pendapat anda? Patut ke tak UiTM buat konsep macam ni?

Apapun teruskan berdoa agar Covid-19 dapat dihapuskan dengan segera!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya SAYS Seismik:

You may be interested in: