seismik

Jangan Leka & Ambil Mudah, Covid-19 Kini Lebih Cepat Merebak Di Selangor!

Elakkan tempat yang ramai orang seperti pusat beli-belah buat masa sekarang.

Cover image via Free Malaysia Today

Nilai kebolehjangkitan Covid-19 di Selangor semakin meningkat tinggi, ia telah melepasi paras kritikal ketika ini

Keadaan pandemik sekarang di negara kita sangat membimbangkan. Daripada kes dari Sabah, kini ia telah merebak di Selangor dengan pantas. 

Covid-19 di Selangor terus meningkat kepada 1.95 melepasi paras kritikal iaitu 1.6 susulan peningkatan kes yang mendadak di Malaysia sejak beberapa hari lalu.

Sebanyak 10 hingga 15 kes harian baru dicatatkan berbanding dua hingga tiga kes sebelumnya

Menerusi laman Facebook milik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau menyatakan kes di Selangor telah melepasi paras kritikal dan sangat membimbangkan.

"Ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil," katanya.

Gambar hiasan.

Image via Sinar Harian

"Ia masih merisaukan kerana ia melibatkan bilangan kes-kes baru harian yang tinggi. Nilai Rt mungkin meningkat jika kita tidak mengambil langkah-langkah intervensi kesihatan awam yang optima,

Menurutnya lagi, walaupun kes aktif telah melebihi 1,000, nilai kebolehjangkitan di Sabah kini semakin stabil dengan kadar 1.26.

Sebab itu penting untuk kita sentiasa patuh SOP serta langkah-langkah penjagaan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia

Selain itu, beliau turut berkongsi kadar kebolehjangkitan di Kedah yang semakin menurun dengan hanya mencatatkan dua kes dalam tempoh empat hari yang lepas.

"Ini menggambarkan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang berkesan," katanya.

Kita jaga kita, teruskan patuhi SOP dan kebersihan diri. Jangan ambil mudah guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: