[GAMBAR] Suasana Masjidil Haram Kembali Dibuka Selepas Lebih 6 Bulan Tidak Beroperasi
Ini adalah berita baik untuk semua umat Islam.
Selepas lebih enam bulan sekatan ibadah umrah dikuatkuasakan berikutan penularan Covid-19, Masjidil Haram kembali dibuka dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama semalam
Umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah itu dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I'tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Disebabkan penularan Covid-19 yang meningkat sejak Mac lalu, Arab Saudi telah mengambil pendekatan drastik bagi memerangi penyakit berkenaan.
Menurut laporan, sebanyak 6,000 jemaah dibenarkan masuk dalam masa sehari. Kementerian Haji dan Umrah juga menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha bagi membolehkan jemaah petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjidl Haram.
1,000 petugas sudah dilatih bagi memantau sepanjang proses ibadah umrah di Masjidil Haram
Proses pembersihan dan nyahkuman juga turut dilakukan sebanyak 10 kali dalam masa sehari.
Kawasan mataf yang terletak di sekitar Kaabah yang boleh memuatkan 2.5 juta jemaah dipilih sebagai lokasi bagi umat Islam menjalani umrah kali ini.
Selain itu, ruang khusus sebagaimana disediakan untuk jemaah yang melaksanakan haji pada Ogos lalu turut diperkenalkan bagi memudahkan akses sepanjang mereka berada di Masjidil Haram.