seismik

Kematian Yang Dicemburui, Hanya Kedengaran Dua Rangkap Azan Sebelum Rebah Meninggal Dunia

Ajal datang tak mengira usia dan waktu.

Cover image via Lembaga Zakat Selangor

Seluruh penghuni apartment Sri Ixora di Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan Subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ini

Menurut sumber, mereka berasa pelik kerana azan surau hanya kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti.

Ianya kemudian bersambung di corong pembesar suara seperti situasi cemas dan membuat pengumuman menyeru ahli keluarga tersebut untuk turun ke surau dengan kadar yang segera.

Ambulan juga turut kelihatan tiba di kawasan surau berkenaan, membuatkan lagi ahli keluarga bertambah gelisah. Setibanya di ruang solat surau, mereka melihat sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.

Difahamkan, mangsa yang ketika itu sedang melaungkan azan, tiba-tiba rebah dan jatuh pengsan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Bukan semua orang pergi dalam keadaan seperti ini, ia kematian yang amat dicemburui oleh ramai orang

Tentunya kejadian ini mengejutkan ramai pihak terutama para jemaah yang menyaksikan kejadian tersebut di depan mata mereka.

“Malam tadi baru dia nampak sangat teruja mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau.
 
"Dia nampak sangat gembira dan ada juga menawarkan diri untuk membantu membuat salah satu menu untuk majlis tersebut. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu,” kata salah seorang jemaah.

Apa yang paling mengejutkan ialah hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan Subuh walaupun dia bukan bilal hanya merupakan AJK di surau.

Menurut sumber lagi, arwah pernah berpesan untuk menjaga surau ini bukan untuk masa sekarang, tapi apabila 'di sana' nanti.

"Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti," ujarnya.

Semoga Allah memilihnya menjadi penghuni Al-Firdaus, Allah Maha Mengetahui. Al-fatihah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: