seismik

[VIDEO] Alunan Suara Bilal Laungkan Azan Sehingga Menangis Buat Netizen Sebak!

Sayunya dengar.

Cover image via abunasihah

Penularan wabak Covid-19 yang semakin kritikal di Malaysia telah menyebabkan satu Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa dikeluarkan pihak kerajaan

Gambar sekadar hiasan

Image via riaumandiri

Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu juga meliputi beberapa perkara termasuklah larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara seperti aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Malah ekoran daripada kebimbangan serta tahap keseriusan penularan wabak ini, JAKIM pada beberapa hari lalu juga telah bersetuju agar kesemua masjid ditutup dari semua aktiviti termasuklah solat Jumaat dan solat jemaah bagi tempoh 10 hari.

Susulan itu, selepas larangan berjemaah dan aktiviti himpunan di masjid dikeluarkan, perkara yang mesti dilakukan bagi memastikan syiar agama di masjid terpelihara adalah dengan memastikan azan terus dilaungkan pada setiap waktu solat.

Terbaru, mungkin turut terkesan dengan situasi semasa, sebuah video telah menjadi viral di mana kedengaran suara bilal menangis sebak ketika sedang melaungkan azan

Sedih sgt dengaq alunan azan time asaq td kt surau umh kakbyalaungan imam penuh ngn tangisan ...cuba hmpa dengaq sampai abih

Posted by Nurbaya Ghazali on Tuesday, March 17, 2020

Menerusi sebuah perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Nurbaya Ghazali, jelas kedengaran suara bilal yang melaungkan azan bagi menandakan masuk waktu Asar menangis di hujungnya.

Video berdurasi 2:14 saat itu telah menjadi viral dan mendapat lebih 18 ribu shares kurang 24 jam ia dikongsikan.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut merasa terkesan dan sebak selepas mendengar laungan azan tersebut

Ya Allah sayunya dengar. Semoga negara kita mampu kembali kepada sedia kala dan masjid dapat menjadi meriah seperti sebelum ini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: