seismik

Cara-Cara Pengurusan Mayat Mangsa Covid-19 Buat Yang Beragama Islam & Bukan Islam

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, kematian jenazah akibat virus Covid-19 perlu diuruskan mengikut hukum pengurusan mayat pesakit ebola.

Cover image via

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik

Pandemik membawa maksud sesuatu penyakit baru yang telah merebak ke serata dunia.

Penyakit ini mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain dengan mudah dan berterusan di setiap rantau.

Image via Astro Awani

Sehingga kini, jumlah kematian akibat wabak Covid-19 telah melebihi 15,000 kes di seluruh dunia dengan angka tertinggi dicatatkan di Eropah, dengan lebih 9,000 kematian.

Kelihatan di Malaysia juga angka kematian akan semakin meningkat sekiranya wabak ini tidak berjaya dibendung sepenuhnya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, sekiranya berlaku kematian akibat virus Covid-19 jenazah perlu diuruskan melalui prosedur tayammum

Dalam kenyataan itu, dinyatakan jenazah mangsa Covid-19 hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit ebola, kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Image via Isma Web

Datuk Dr Zulkifli juga berkata bahawa kaedah itu dibuat pada permukaan beg berdasarkan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Februari 2015.

“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah,” tambahnya lagi.

Baca kenyataan penuh di bawah:

Perkara ini telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter bernama Hasrul Rizwan.

Dalam perkongsiannya itu, Hasrul turut memaklumkan ringkasan cara memandikan jenazah pesakit Covid-19, mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD) dengan lebih lanjut

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut menjawab beberapa pertanyaan serta persoalan daripada warganet ekoran cara pengurusan jenazah bagi mangsa Covid-19.

Berikut adalah antara pertanyaan menarik dari warganet:

Ini pula adalah cara pengurusan bagi mayat bukan Islam.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: