seismik

Mydin USJ1 & Jaya Grocer Sedia Waktu Khas Bagi Warga Emas & OKU Belanja Tatkala Covid-19

Pasar raya itu setengah jam lebih awal daripada waktu biasa, bagi membolehkan warga emas dan OKU berbelanja tanpa kesesakan.

Cover image via Mydin & jayagrocer

Semalam, 16 Mac, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu sidang media khas yang diadakan.

Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Image via South China Morning Post

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Demi menguatkuasakan perintah ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan akan ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Perintah Kawalan Pergerakan ini dibuat berikutan wabak Covid-19 yang telah menjejaskan hampir seluruh dunia termasuk Malaysia

Ekoran daripada itu, pembelian panik telah dilakukan segelintir rakyat Malaysia bermula semalam, 16 Mac, berikutan peningkatan kes penularan wabak tersebut.

Rak pasar raya juga didapati kosong setelah barang-barangan seperti roti, susu, telur, biskut, daging, makanan dalam tin, mee dan banyak lagi habis dijual.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Odisi

Meskipun telah dinasihatkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar orang ramai tidak membeli barangan keperluan secara melampau susulan kes wabak COVID-19 yang semakin serius ini, namun rasa panik sebilangan masyarakat di Malaysia tidak dapat dibendung.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Bebas News

Hal ini memberi kesusahan buat mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli barangan keperluan dan beratur panjang lebih-lebih lagi warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Susulan daripada itu, pasaraya Mydin USJ telah mengumumkan akan membuka pintu setengah jam setiap hari bagi golongan ini untuk berbelanja di persekitaran tidak sesak bermula 18 Mac, Rabu

Perkara ini telah diumumkan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Dato' Ameer Ali Mydin.

Dato' Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Image via Kapital.my

Menurut beliau, pasar raya besar itu akan dibuka pada pukul 7.30 pagi, setengah jam lebih awal daripada waktu biasa (waktu biasa adalah dari jam 8 pagi hingga 11 malam setiap hari) bagi membolehkan warga emas dan OKU berbelanja.

Bukan itu sahaja, lorong pembayaran khas juga akan dibuka demi mendekasikan kumpulan khas ini untuk membuat pembayaran mereka. Beliau menambah bahawa kakitangan Mydin juga akan bersedia untuk membantu kumpulan istimewa ini.

Lihat video pengumuman tersebut di bawah:

MYDIN USJ1 will be opening its doors half an hour earlier daily for senior citizens & OKUs to shop in a non-crowded...

Posted by SJ Echo on Monday, 16 March 2020

Bukan itu sahaja, pasaraya Jaya Grocer juga membuat inisiatif yang sama pada semua cawangannya

Image via says.com

Semua cawangan pasaraya Jaya Grocer akan dibuka dari bermula 9.30 pagi dan seterusnya untuk warga emas dan golongan yang memerlukannya.

Waktu pembukaan khas ini akan bermula dari Rabu, 18 Mac sehingga 31 Mac.

Baca kenyataan penuh di bawah:

We are introducing special opening hours from 9.30am onwards, 18th-31st March 2020, at all outlets for elderly customers (senior citizens) & their caretakers.

Posted by Jaya Grocer on Monday, 16 March 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perintah Kawalan Pergerakan akan berlanjutan sehingga akhir bulan Mac ini:

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: