seismik

Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Dilarang Memasuki Negara Itu Mulai Esok

Perintah Kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Cover image via Google

Seperti yang sedia maklum, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Untuk pengetahuan anda, Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan malam tadi turut meliputi:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpuann ramai di seluruh negara termasuklah aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.
5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara/essential services.

Tambahan pula, untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand, mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk berulang-alik ke negara berkenaan bermula esok, 18 Mac 2020

Gambar sekadar hiasan.

Image via Free Malaysia Today

Menurut laporan, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, larangan keluar dari negara ini juga terpakai kepada mereka seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sebuah sidang media khas yang telah dilakukan semalam, 16 Mac.

Bermula esok, semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand dilarang memasuki negara berkenaan.”
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: