seismik

[TERKINI] Covid-19 Ragut Dua Nyawa Di Malaysia Hari Ini, 17 Mac 2020

Mangsa pertama merupakan seorang paderi daripada Gereja Baptis Emmanuel, Kuching. Manakala mangsa kedua merupakan seorang lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Cover image via Micheal Moey/Facebook

Malaysia telah digemparkan dengan satu lagi berita di mana dua kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini, 17 Mac 2020

Mangsa pertama merupakan seorang paderi daripada Gereja Baptis Emmanuel, Kuching, Sarawak berusia 60 tahun yang disahkan meninggal dunia 11 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Menurut laporan Harian Metro, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri dalam proses mengenalpasti kontak rapat mangsa setakat hari ini.

Mangsa (kiri)

Image via Micheal Moey/Facebook

Malah, seramai 193 kontak rapat mangsa sedang dikesan dan diarahkan untuk menjalani kuarantin.

“Sarawak merekodkan 11 kes baharu hari ini dan enam daripadanya dari Kuching, tiga dari Limbang dan masing-masing seorang dari Betong dan Lawas. Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri," katanya.

Dia turut menjelaskan bahawa sebanyak 35 orang diletakkan di bawah pesakit pengesanan kes yang disyaki (PUI) manakala 204 pesakit masih lagi menunggu keputusan ujian darah.

Setakat ini, 45 kes Covid-19 di Sarawak di kesan di bawah empat kluster iaitu kluster Sri Petaling, Gereja Kuching, Sarikei dan satu di Kuching.

Di bawah merupakan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak:

Image via Harian Metro

Manakala kematian kedua pula merupakan kes ke-178 yang melibatkan seorang lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling

Kenyataan mengenai kematian tersebut telah dikongsi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Twitter @KKMPutrajaya.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: