seismik

[VIDEO] Menyamar Sebagai 'Pegawai Kastam', Lihat Polis Ini Layan Scammer Sampai Tutup Call

Elak mudah terpedaya dengan panggilan seperti ini.

Cover image via Polis Kedah (Facebook)

Zaman sekarang memang banyak kes penipuan lebih-lebih lagi dalam talian sehingga menyebabkan ramai yang terpedaya

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang anggota polis wanita memuat naik video dirinya yang bercakap menerusi sebuah panggilan telefon dengan scammer yang menyamar sebagai pegawai kastam.

Video yang berdurasi 9.31 minit itu menunjukkan scammer tersebut cuba untuk memperdaya pegawai polis terbabit dengan mengatakan beliau terlibat dengan pembelian barangan daripada negara China yang berharga melebihi RM15,000.

Ketika artikel ini ditulis, video yang dimuat naik oleh Facebook Polis Kedah itu telah meraih lebih 64 ribu likes dan 34 ribu shares

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Asian Age

Namun, setelah beberapa minit cuba untuk 'menangkap' polis itu, scammer tersebut mengambil keputusan untuk mematikan telefon.

Lihat video penuh di bawah ini:

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberi komen yang positif supaya orang ramai lebih peka dan dapat mengambil pengajaran dari video itu

Mereka juga juga meluahkan rasa marah terhadap scammer berkenaan kerana dilihat menipu ramai orang ketika ini. Ada juga yang puji tindakan selamba polis itu melayan scammer tersebut sambil melakukan kerjanya dengan tenang sekali.

Ramai yang menyatakan video ini bagus untuk tontonan umum dan juga warga emas agar tidak mudah terpedaya dengan panggilan seperti itu.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:

Korang semua pun jangan cepat gelabah okay kalau terima panggilan macam ni ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: