seismik

[VIDEO] Tular Dr Noor Hisham Nyanyi Lagu Bahasa Kantonis, Netizen Puji 'Very Talented'

Tak sangka ya dalam diam Dr Noor Hisham hebat menyanyi.

Cover image via Google

Di sebalik raut wajahnya yang kelihatan tegas dan serius, Dr Noor Hisham juga pandai menyanyi

Baru-baru ini video nyanyian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi tular di internet apabila beliau menyanyikan lagu klasik Kantonis Shanghai Beach bersama Dr Margaret Chan yang merupakan bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Siapa sangka melihat wajahnya yang tegas dan serius di hadapan televisyen ini sebenarnya turut memiliki personaliti yang mencuit hati.

Image via Lowyat

Dalam video yang berdurasi 1:32 minit itu, Dr Noor Hisham tampil menonjolkan bakat beliau dengan menyanyikan lagu sebuah lagu.

Persembahan istimewa itu dilakukan bersempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia ke-67 yang telah diadakan di Manila, Filipina pada tahun 2016 yang lalu. 

Rata-rata netizen memberi pujian kepada Dr Noor Hisham yang menyanyikan lagi itu dengan sepenuh hatinya

Image via Lowyat
Image via Lowyat

Dr Noor Hisham dedikasi lagu untuk Dr Margaret Chan

Dr Margaret sempat memberitahu Dr Noor Hisham yang mendedikasikan lagu tersebut kepada beliau sambil berkata:

"Actually talks about pretty much what I did in 10 years."

Persembahan mereka berdua mendapat tepukan gemuruh daripada semua penonton. Lihat video penuh ini:

Berbakat juga Ketua Pengarah Kesihatan kita ni ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: