"Macam Mana Dia Lompat Pagar?" - Netizen Bingung Suspek Macau Scam Terlepas Dari Tahanan
Kejadian itu menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.
Kehilangan suspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes pengubahan wang haram sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin lalu menimbulkan seribu tanda tanya
Baru-baru ini hangat mengenai berita diperkatakan apabila beberapa individu termasuk Datuk dan Datuk Seri ditahan oleh SPRM selepas mereka disyaki terlibat dalam sindiket penipuan 'Macau Scam'.
Difahamkan sindiket itu juga menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan duit haram mereka itu melalui pelbagai cara dan perniagaan sah.
Terbaru, kehilangan suspek utama yang bergelar Datuk Seri menjadi tanda tanya apabila beliau hilang melarikan diri sebaik dibebaskan SPRM.
Suspek tersebut disyaki memanjat pagar untuk meloloskan diri
Menerusi laporan, suspek dikatakan bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.
Malah, timbul tanda tanya adakah suspek yang menjadi dalang dan dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilarikan atau dibantu pihak tertentu.
Semasa kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek yang juga dalang utama kes penipuan Macau Scam dan dua pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.
Rata-rata netizen mempertikai bagaimana suspek boleh melarikan diri dengan melompat pagar kerana ia terlalu tinggi
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Pening juga bila fikirkan balik macam mana suspek boleh lompat pagar setinggi itu.