seismik

10 Anggota Polis Terlibat Dengan Sindiket ‘Cuci Duit’ Macau Scam Ditahan SPRM

Sejumlah wang tunai kira-kira RM100,000 dirampas di kediaman salah seorang pegawai polis.

Cover image via Google & Berita Harian

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima anggota polis ditahan disyaki terlibat sindiket ‘cuci duit’ berkait dengan perniagaan selebriti tanah air sebelum ini

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Image via Astro Awani

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan perkara berkenaan, ketika dihubungi pada 7 Oktober 2020.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan (PDRM) serta merampas wang tunai RM100,000, berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam.

Menurut laporan, empat pegawai kanan terbabit masing-masing seorang berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan, Deputi Superintendan dan Asisten Superintendan serta dua anggota berpangkat Lans Koperal ditahan sejak petang semalam hingga tengah hari tadi, manakala empat lagi ditahan petang tadi.

Semua anggota terbabit bertugas di Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor

Image via NST

Menurut sumber, pegawai berpangkat ACP itu bagaimanapun sudah dibebaskan selepas keterangannya direkodkan, namun seorang lagi pegawai berpangkat Superintendan direman semalam untuk membantu siasatan.

"Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mereka menerima 'habuan' lumayan daripada seorang lelaki berpangkat Datuk yang ditahan dan direman Sabtu lalu, bagi melindungi aktiviti judi dalam talian tempatan dan Macau Scam yang mensasarkan mangsa di China," katanya.

SPRM juga turut menyita 24 kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa daripada individu ditahan

Image via Google

Sumber dari pihak SPRM juga berkata, suruhanjaya itu menyita kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.

Dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan 'pelaburan' termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan. 

Susulan itu, seorang selebriti bersama isterinya yang juga seorang artis serta seorang usahawan kosmetik dipanggil oleh SPRM membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: