seismik

[VIDEO] Remaja Ditumbuk & Ditendang, Polis Siasat Kes Buli Di PPR Cheras

Mangsa berumur 15 tahun dan telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil.

Cover image via Malaysia Sentral & Info Roadblock JPJ/POLIS (Facebook)

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang remaja lelaki dibuli oleh dua lagi remaja di Program Perumahan Rakyat (PPR)

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, mangsa telah membuat laporan polis pada jam 11.50 pagi, 7 Oktober 2020.

"Mangsa mendakwa berlaku perselisihan faham antara dia dengan dua suspek berusia 14 dan 15 tahun itu.

"Kedua-dua suspek itu telah memukul mangsa dengan menggunakan kaki dan tangan," katanya.

Video penuh di bawah telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter pagi semalam, 8 Oktober 2020:

Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: