seismik

Warga Emas Cuba Sorok Gelang 'Pink' & Berlegar Di Kedai Ditahan Polis

Difahamkan, lelaki itu baru pulang dari Sabah.

Cover image via Astro Awani

Seorang lelaki dipercayai warga emas ditahan polis di Damansara Damai pada hari Ahad, 4 Oktober 2020

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal

Image via The Star

Suspek didakwa cuba menyembunyikan gelang kuarantin dengan lilitan kain putih, bagaimanapun ditahan polis kerana ingkar arahan kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, maklumat diterima oleh orang ramai yang melihat seorang lelaki memakai gelang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlegar-legar di kawasan Damansara Damai.

Tinjauan mendapati lelaki itu datang dari Sabah untuk urusan perniagaan dan keputusan ujian saringan Covid-19 adalah negatif

Walaupun keputusan ujian Covid-19 didapati negatif, polis telah arahkan lelaki yang berusia 63 tahun tersebut untuk menjalani kuarantin di rumah bermula 28 September hingga 11 Oktober 2020.

Nik Ezanee memberitahu bahawa polis akan membuat permohonan reman terhadap lelaki itu di Mahkamah Petaling Jaya, pada Selasa 6 Oktober.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali..

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan Covid-19 hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: