seismik

Duduk Rumah Kalau Tak Ada Urusan Penting Di Luar - KP Kesihatan

Dr Noor Hisham sekali lagi beri peringatan untuk semua rakyat Malaysia, kita masih belum menang!

Cover image via MSN

Ini bukan pertama kali beliau mengingatkan kita supaya kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar

Ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekali gus menjelaskan bahawa beliau sudah membuat peringatan sedemikian sejak awal penularan Covid-19 di Malaysia.

"Ia bukan perkara baharu ketika saya tweet. Sekali lagi, saya menasihati rakyat Malaysia yang tidak ada urusan, bahawa adalah penting untuk duduk di rumah. Jika kita mahu keluar rumah kerana ada urusan penting, patuhi prosedur operasi standard (SOP)." katanya.

Rakyat Malaysia menganggap beliau membayangkan PKP bakal dilaksanakan semula

Menurut sumber, tujuan utama beliau memuat naik tweet tersebut hanya untuk mengingatkan rakyat Malaysia supaya duduk di rumah.

Beliau membalas satu ciapan oleh pengguna media sosial yang meminta agar perjalanan antara negeri dihentikan.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, mereka yang ada urusan penting di luar perlu mematuhi SOP, selain mengamalkan 3W, iaitu mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka serta mematuhi amaran Kementerian Kesihatan, selain mengelakkan kawasan sesak dan sempit atau bersembang secara dekat.

Semua pihak termasuk pengurusan sekolah, perlu menguruskan risiko jangkitan di institusi pendidikan berkenaan

Semasa ditanya tentang kebimbangan ibu bapa di Selangor untuk anak mereka ke sekolah berikutan kadar kebolehjangkitan yang tinggi, beliau berkata, perkara itu memang ada dibincangkan Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pendidikan.

"Setakat ini di sekolah, kalau tiada jangkitan, kita akan biarkan. Contohnya di Kedah, ada sekolah yang berlaku jangkitan antara guru dan murid. Kita tutup sekolah dan menjalankan proses nyahcemar serta nyahkuman di kawasan sekolah terbabit," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan Covid-19 hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: