[VIDEO] Isu Kes Langgar Lari Di Cheras, Keluarga Tetap Mahu Pemandu Myvi Bertanggungjawab
Myvi berwarna oren dipercayai membuat pusingan U haram ketika mangsa melanggar kereta tersebut.
Keluarga mangsa kes langgar lari di Jalan Suadamai, Cheras pada 5 Oktober lalu, tetap mahu pemandu kereta Myvi bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku
Ianya susulan selepas pemandu kereta Myvi itu tampil meminta maaf kepada bapa mangsa. Pemandu itu dikatakan seorang wanita India dan telah menagih simpati kepada bapa mangsa kerana keadaannya menyara ramai orang anak.
Namun begitu, bapa mangsa Syubaili Aziz berkata walaupun dia telah memaafkan wanita itu, dia tetap meminta supaya wanita itu bertanggungjawab ke atas kes tersebut.
Bapa mangsa juga minta supaya netizen doakan anaknya yang dipanggil 'Along' itu cepat sembuh.
Lihat video penuh daripada IGTV bapa mangsa di bawah:
Kemalangan itu menyebabkan kecederaan dalaman yang serius kepada penumpang motosikal dan kecederaan ringan kepada penunggang
Menerusi video kemalangan yang dikongsi oleh salah seorang keluarga mangsa pada 5 Oktober lalu menunjukkan kereta Myvi tersebut terus meninggalkan tempat kejadian kedua-dua mangsa di jalan.
Berikut di bawah adalah video yang dirakam CCTV di tempat kejadian:
Dalam perkembangan lain, mangsa kini masih dirawat di Hospital Kajang