seismik

Terima 'Ayat Lucah' Ketika Rawat Pesakit Covid-19, Jururawat Ini Dikacau Warga Emas Miang

Harap tiada lagi kejadian seperti ini.

Cover image via Endgaget & Harian Metro

Seorang jururawat Hospital Melaka mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pesakit COVID-19 di hospital itu pada Sabtu lalu

Dia yang berusia 29 tahun itu dikatakan diganggu oleh pesakit yang berusia 60-an ketika sedang menguruskan pesakit terbabit di Wad Rawatan Rapi (ICU).

Gambar sekadar hiasan.

Image via AARP

Menurut laporan, warga emas tersebut dikatakan mengeluarkan perkataan berbaur lucah ketika jururawat berkenaan sedang melakukan prosedur rawatan kepadanya. 

Jururawat tersebut membuat laporan polis untuk mengelak kejadian tak diingini berlaku

Susulan daripada kejadian itu, jururawat tersebut terus membuat laporan di balai polis bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepadanya.

Berdasarkan laporan polis, jururawat berkenaan sedang menguruskan pesakit itu dan mengambil darah di wad ICU sebelum warga emas terbabit mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya.

Image via Wikimapia

Warga emas itu membuat panggilan sambil melakukan perkara pelik

Difahamkan, lelaki warga emas itu mula menerima panggilan telefon daripada isterinya dan membuka pembesar suara ketika berkomunikasi.

Jururawat itu kemudian merasa panik dengan kelakuan warga emas itu yang memandangnya tajam kerana hanya mereka berdua di dalam bilik berkenaan. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via AARP

Tidak berakhir di situ, selepas menamatkan panggilan telefon, warga emas itu berkenaan meminta jururawat tersebut melihat saiz kondom kateter urin yang baru dan meminta wanita itu memasang kondom berkenaan di kemaluannya. 

Dia yang merasa takut selepas mendengar permintaan serta kata lucah warga emas itu terus mengadukan perkara tersebut kepada pihak atasan hospital sebelum membuat laporan polis.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: