seismik

"I Can't Fly Dah"- Dari Pramugara Ke Terapis Spa, Lelaki Ini Bangkit Selepas Dibuang Kerja

Jangan pernah berputus asa mencari jalan yang lain.

Cover image via @fahmi_apiht (Twitter)

Umum sedia maklum, penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat memberi kesan yang besar bukan saja pada ekonomi malah juga kepada masyarakat

Ternyata impak yang perlu dihadapi oleh negara kerana Covid-19 begitu besar sekali. Ekonomi terjejas, perniagaan tutup, ada separuh daripadanya terpaksa gulung tikar kerana tidak mempunyai pendapatan lagi. 

Jadi, tidak mustahil perkara sebegini menyebabkan ada antaranya dibuang pekerjaan kerana majikan tidak mempunyai untung dan terpaksa menutup bisnes mereka.

Begitulah yang dihadapi oleh seorang pemuda yang bekerja sebagai pramugara di salah sebuah syarikat penerbangan yang terpaksa akur kerana dibuang kerja.

Hampir 6 tahun berkhidmat, kini masa untuk pergi

Menerusi posting di laman Twitternya baru-baru ini, bekas pramugara yang dikenali sebagai PU Fahmi itu berkongsi kisahnya yang telah diberhentikan kerja.

Walaupun sedih dengan keputusan yang diberikan majikan namun, dia menerimanya dengan hati yang terbuka dan menganggap ia adalah masa untuk dia berehat daripada dunia penerbangan selepas lebih 6 tahun berkhidmat sebagai krew kabin. 

Terus bangkit melangkah dengan kerjaya baru

Bagaimanapun, dia tidak berputus asa dan mengambil langkah dengan membuka perniagaan sendiri bagi meneruskan kehidupan setelah kehilangan pekerjaan.

Oleh kerana sebelum ini dia mempunyai lulusan Ijazah dalam bidang Fisioterapi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), dia tekad untuk meneruskannya secara serius dalam bidang perawatan wajah khas untuk lelaki. 

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan titipan doa buatnya

Percayalah pada rezeki, satu pintu tutup banyak lagi yang menanti.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: