seismik

Gara-Gara Gagal Main 'Claw Machine' Sampai 200 Kali, Lelaki Ini Siap Buat Laporan Polis!

Nampak macam senang tapi bila main kena banyak bersabar.

Cover image via Interesting Engineering

Pusat hiburan atau fun fair pastinya menjadi salah satu tumpuan untuk bermain banyak permainan menarik

Sudah tentu pengunjung fun fair pernah melihat permainan claw machine ataupun dikenali sebagai mesin menangkap anak patung yang ada di dalam bekas yang telah disediakan.

Permainan mesin ini juga banyak kita boleh lihat yang diletakkan di kaki-kaki lima pusat beli-belah.

Image via Flipboard

Cara bermain permainan ini sangat mudah, di mana pemain hanya perlu memasukkan duit seperti jumlah yang diminta atau token, dan menggerakkan menggunakan alat kawalan yang disediakan untuk mengambil patung-patung tersebut dan bawa ke arah lubang yang perlu dikeluarkan.

Bengang 200 kali kalah berturut-turut, sampai buat laporan polis

Kedengaran seperti senang namun, ia bukanlah semudah yang disangka kerana permainan ini memerlukan skills dan tahap kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan patung tersebut.

Menerusi laporan baru-baru ini, viral apabila seorang lelaki Jepun bertindak untuk memanggil polis oleh kerana tidak berpuas hati setelah kalah sebanyak 200 kali dalam claw machine tersebut.

Tujuan lelaki itu memanggil polis adalah kerana dia merasakan permainan itu menipu dan hanya menelan duitnya tanpa mendatangkan apa-apa hasil.

Setiba polis itu di tempat kejadian, mereka mula mengarahkan pekerja di fun fair berkenaan untuk membuat demostrasi cara untuk bermain permainan claw machine tersebut.

Ia bagi membuktikan bahawa permainan tersebut bukanlah satu penipuan seperti yang didakwa.

Rupa-rupanya pekerja fun fair pun gagal bermain claw machine tersebut

Pekerja yang telah diarahkan untuk bermain di hadapan polis itu juga gagal untuk mendapatkan hadiah daripada mesin tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, pekerja itu yang cuba untuk mendapatkan hadiah tersebut juga telah gagal  sebanyak 300 kali berturut-turut.

Namun, selepas percubaan kali ke 300, dia membetulkan kedudukan hadiah yang berada dalam mesin tersebut dan akhirnya berjaya untuk menangkap hadiah itu.

Oleh disebabkan pekerja itu akhirnya berjaya mendapatkan hadiah, pihak polis tidak mengenakan sebarang tindakan.

Perlu mempunyai skills dan bergantung pada nasib

Sementara itu, wakil jurucakap Sega Arcade telah menjelaskan bahawa permainan claw machine ini bergantung kepada kebolehan dan nasib pemain untuk memenanginya.

Bukan itu saja, pemain juga dikatakan boleh mendapatkan bantuan daripada pekerja arked berkenaan.

Main claw machine ni memang boleh cari gaduh ya. Apa pun nak main, skills tu kena ada okay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: