[VIDEO] Hairan Ampaian Kain Bergerak Sendiri, Rupanya Jiran Alih Guna Kayu Elak Hujan
Bertuahnya dapat jiran yang baik hati.
Selain kesihatan yang baik dan mempunyai wang ringgit, dapat jiran yang prihatin juga adalah satu rezeki
Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook, apabila video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki yang sedang mengalihkan kain jemuran jirannya sewaktu hujan mula turun.
Menerusi sumber, kejadian itu berlaku di USJ 12, Subang Jaya, Selangor pada awal bulan ini. Ia menjadi tular selepas video itu dikongsi sendiri oleh tuan rumah iaitu, Nur Syazana Izham.
Wanita itu memberi tahu, dia sangat terharu dengan bantuan daripada jirannya itu yang merupakan seorang lelaki berbangsa India berusia 50-an.
Jarang berborak dengan jiran kerana masing-masing sibuk
Oleh kerana kedua-duanya mempunyai kerjaya dan agak sibuk, namun mereka tetap bertegur jika berselisih.
"Saya dah menetap di sini sejak 2014, uncle dan isteri serta seorang anaknya lagi lama duduk di situ. Kami baik, tapi jarang borak sebab masing-masing sibuk. Kalau selisih, kami bertegur.
"Pada hari kejadian, saya ada hadiri taklimat banci di USJ 7. Masa tu dah risau sebab tengok langit gelap. Teringat kain di ampaian memang banyak.
"Dalam fikiran saya, nanti balik kena basuh balik sebab dah kena hujan. Sampai di rumah dalam pukul 1 tengah hari, tengok baju dah ke bahagian dalam sikit," katanya.
Terharu dengan pertolongan jiran
Sesudah tiba di rumah, wanita tersebut bertanyakan kepada uncle itu adakah dia yang mengalihkan ampaian kain itu dengan memanjat. Namun, dia berkata tidak dan berlalu pergi.
"Dia kata tidak, tapi tak sempat borak panjang. Kemudian saya tengok CCTV baru tahu kejadian sebenar. Uncle guna galah. Sebenarnya dalam lima minit dia cuba alihkan. Lama juga," katanya.
Nur Syazana juga tidak menyangka jirannya itu boleh berbuat sedemikian. Oleh kerana terharu, dia berkongsikan rakaman berkenaan di Facebook.
Lihat video penuh ini di bawah:
Bak kata peribahasa, 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat'. Kita hidup berjiran ini mesti saling tolong-menolong okay barulah berkat :)