seismik

"Tidur Peluk Baju Papa" - Anak Mangsa Kemalangan Myvi Putih Tak Henti Menangis Cari Bapa

Sedihnya bila kita terpaksa kehilangan orang yang kita sayang dalam masa yang cepat.

Cover image via Kosmo & Gulapop

Kehilangan Mohd. Rizal dalam nahas itu memberi kesan mendalam kepada keluarga mangsa lebih-lebih lagi anak sulungnya

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu video kemalangan melibatkan pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang telah melanggar dua buah kereta sehingga menyebabkan seorang individu maut.

Mangsa yang juga merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia meninggal dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu.

Image via Astro Awani

Anak kerap menangis, cari kelibat bapa semasa tidur pun masih memeluk baju arwah

Menerusi laporan, tiga anak mangsa kejadian itu mula mencari bapa mereka sejak malam kelmarin lalu.

Ibu saudara mangsa memberitahu yang paling terkesan dengan kehilangan ini ialah anak sulungnya sehingga sanggup memeluk baju bapanya ketika tidur.

"Nur Amani kerap menangis dan cakap dia merindui bapanya, semasa tidur pun dia memeluk baju bapanya,” katanya.

Image via Kosmo

Pesalah perlu mendapat hukuman yang setimpal!

Tambahnya lagi, mereka sekeluarga menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan terperinci agar pesalah kes itu dikenakan hukuman yang setimpal atas kecuaian sehingga menyebabkan nyawa adik iparnya melayang.

“Nasib tiga anak dan isteri perlu­ dibela,” katanya.

Image via Google

Dalam pada itu, isteri Allahyarham kelihatan masih bersedih dengan pemergian suami tercintanya itu.

Semoga keluarga mangsa tabah menerima ujian yang berat ini. Al-fatihah :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: