seismik

[VIDEO] Anak Menangis Minta Bela Haiwan Peliharaan 'Rare', Pening Kepala Ibu Mendengarnya

Bukan calang-calang haiwan yang dia minta nak bela.

Cover image via Nhazzla Ali (Facebook)

Tidak dinafikan, haiwan peliharaan mampu membuat anda tidak merasa kesunyian dan juga boleh mengelakkan rasa kemurungan

Boleh dikatakan majoriti masyarakat hari ini mempunyai haiwan peliharaan sendiri tidak kiralah kucing, anjing, atau apa saja haiwan yang boleh dibela.

Ramai yang berpendapat membela haiwan boleh menghilangkan stress dan menghilangkan rasa bosan anda. Ia termasuklah daripada anak kecil hinggalah ke golongan dewasa

Baru-baru ini tular menerusi satu perkongsian di Facebook mengenai video seorang kanak-kanak yang mahukan seekor binatang peliharaan untuknya sambil menangis ternyata mencuit hati.

"Haiwan yang ini umie tak boleh tolong"

Pada mulanya si ibu cuba untuk menawarkan untuk si anak membela arnab sebagai haiwan peliharaan namun, cadangan itu ditolak.

Sambil menangis teresak-esak si anak meminta dijadikan 'babi' sebagai haiwan peliharaan buat dirinya.

Permintaan kanak-kanak itu membuatkan si ibu terkejut mendengar sambil berkata binatang berkenaan tidak boleh dibela kerana mereka beragama Islam.

"Babi tak boleh bela, nanti dia gigit," katanya.

Lihat video penuh di bawah ini:

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen menujukkan rata-rata netizen juga tertawa dengan permintaan kanak-kanak berkenaan

Aduhai, memang pening kepala kalau binatang itu yang dia minta ya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: