seismik

Gadis Ini Meninggal Dunia Selepas Buat Pembedahan Buang Lemak Tidak Berlesen Di KL

Semak dulu latar belakang premis perniagaan sebelum lakukan ya.

Cover image via Coco Siew (Facebook)

Seorang gadis yang juga merupakan bakal pengantin meninggal dunia semasa prosedur pembedahan kosmetik di pusat kecantikan yang tidak mempunyai lesen sah

Menurut Sin Chew Daily, gadis yang bernama Coco Siew Zhi Shing itu telah merancang untuk menikah pada tahun depan dengan kekasihnya yang lama di Afrika Selatan dan kini pulang ke Malaysia untuk pembedahan sedut lemak lengannya sebagai persiapan perkahwinan.

Jelas adik lelaki mangsa, dia memberitahu bahawa gadis itu menjumpai pusat kecantikan tersebut di Internet dan membayar RM2,500 untuk prosedur pembedahan.

Coco Siew memberitahunya bahawa dia akan pergi ke kedai tersebut yang terletak di Cheras dan ditemani oleh seorang rakannya pada pukul 2.30 petang hari Sabtu. 

Setelah tiba di klinik berkenaan,  gadis itu mendapat suntikan anestetik. Namun, menurut rakan yang pergi bersamanya, pakar bedah itu kelihatan bingung hampir setengah jam sebelum pembedahan bermula. 

Seperti merasakan ada sesuatu yang tidak kena, rakannya itu terus segera memanggil ambulans dan gadis tersebut telah dikejarkan ke hospital. Malangnya, setelah sampai di hospital, gadis itu disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang.

Setelah mendapati pusat kecantikan tersebut tidak mempunyai lesen, keluarga gadis tersebut terus membuat laporan polis

Difahamkan, pekerja pusat kecantikan tersebut turut mengunjungi hospital pada Sabtu malam setelah mendengar tentang kematian pelanggannya selepas keluarganya telah membuat laporan polis terhadap mereka.

Setelah ditanyakan beberapa soalan oleh pihak berkuasa, pengendali pusat kecantikan tersebut mengaku bahawa kedainya itu memang tidak mempunyai lesen klinik estetik yang sah untuk beroperasi.

Malah, ia beroperasi di bawah lesen salun kecantikan biasa. Doktor yang bertanggungjawab terhadap pembedahan gadis tersebut juga tidak mempunyai lesen perubatan estetik yang sah dan profesional.

Gambar Coco Siew yang pernah memenangi pertandingan model dulu.

Image via Citizens Journal

Semua posting dan iklan dalam media sosial pusat kecantikan terbabit telah dipadamkan

Menurut laporan China Press, pusat kecantikan itu telah memadam semua posting di media sosial mereka dan masih belum meminta maaf atau mengakui kesalahan yang dilakukan.

Sebelum itu, pusat kecantikan tersebut telah mula beroperasi sejak tahun 2012 di Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Selangor pada tahun 2018.

Dikatakan, pusat kecantikan itu agak popular bagi segelintir pihak sehingga menyebabkan mangsa mempunyai kesukaran dalam membuat temu janji kerana slot yang ditawarkan amat terhad. 

Image via SAYS

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Persatuan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Malaysia (MSPRS) mengingatkan orang ramai bahawa pakar kecantikan tidak berkelayakan untuk melakukan apa-apa prosedur perubatan atau pembedahan

Menerusi kenyataan di Facebook, mereka memberi amaran kepada pusat kecantikan dan 'medispa' yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan perkara biasa untuk mempromosikan perkhidmatan mereka walaupun tidak mempunyai lesen yang sah.

"Mereka mungkin menyamar sebagai doktor perubatan atau menggunakan istilah perubatan kecantikan untuk menarik pelanggan mereka bagi melakukan prosedur"

"Kadar komplikasi semakin tinggi dan kematian juga telah dilaporkan dalam amalan tidak berlesen ini," katanya menerusi kenyataan tersebut.

"Sangat penting untuk memeriksa invasif, risiko yang terlibat, lesen premis, dan kelayakan penyediaan perkhidmatan sebelum menjalani prosedur estetik."

Mereka juga turut mengingatkan orang ramai supaya memeriksa kedai atau pusat kecantikan yang berlesen di laman web Kementerian Kesihatan sebelum membuat prosedur pada masa akan datang.

Apa pun sebelum nak buat sesuatu, pastikan korang check dulu latar belakang kedai tersebut okay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: