seismik

"Tragedi Oktober Betul" - Niat Nak Buat Surprise, Tapi Jadi Lain Bila Dua-Dua Kek Jatuh

Benda dah nak jadi, nak buat macam mana.

Cover image via @jnnhbhriii (Twitter)

Melakukan kejutan hari jadi adalah satu aktiviti yang paling mengembirakan hati si penerima. Tak kisah sama ada ahli keluarga atau teman rapat, kerana kita mengingati dan meraikan hari istimewa mereka.

Tentunya pelbagai reaksi yang dapat kita lihat hasil daripada memberi kejutan tersebut. Ada yang menangis, ada yang terkedu, dan ada juga yang sangat gembira.

Kita dapat melihat sendiri kegembiraan di wajah mereka kerana ia adalah hari yang paling bermakna.

Namun, ada kalanya kejutan hari jadi boleh bertukar kepada surprise yang tidak menjadi atau boleh bertukar menjadi sedih.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menunjukkan sebuah keluarga menyambut hari jadi seseorang hingga video itu menjadi viral. 

Satu rumah menjerit hampa dan kecewa dengan tragedi kek yang jatuh itu

Dalam video tersebut ia bermula dengan dua orang wanita yang dilihat sedang membawa dua buah kek hari jadi dengan berhati-hati di atas bekas kek sambil menyanyikan lagu Happy Birthday.

Namun, apabila sampai berhampiran dengan meja makan, wanita yang berada di depan menoleh ke arah belakang sehingga menyebabkan dia terlanggar kerusi yang berada di depannya dan kek yang dibawa jatuh.

Situasi yang paling menyedihkan ialah apabila belum sempat orang ramai habis menjerit mengenai insiden berkenaan, berlaku pula insiden yang sama kepada wanita yang dibelakang pula kerana terkejut dengan kejadian di depannya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan kejadian tersebut sehinggakan ada yang ikut menjerit melihat video berkenaan

Aduhai, bukan satu kek tapi dua-dua pulak tu. Memang tragedi Oktober betul. Harap yang sambut birthday tu bersabar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: