Keluarga Pemilik Pusat Kecantikan Yang Jadi Punca Kematian Model Coco Siew Mohon Maaf
Dua pemilik pusat kecantikan terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Kedua-dua pemilik pusat kecantikan yang ditahan atas kes berkaitan dengan sedut lemak sehingga menyebabkan kematian seorang model telah dibebaskan dengan jaminan polis
Baru-baru ini, tular cerita mengenai salah sebuah pusat kecantikan yang beroperasi tanpa lesen sah di Cheras telah membunuh seorang model wanita Malaysia yang dikenali sebagai Coco Siew semasa membuat prosedur menyedut lemak.
Pusat kecantikan tersebut telah mula beroperasi sejak tahun 2012 di Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Selangor pada tahun 2018.
Menurut sumber, keluarga pemilik pusat kecantikan tersebut telah hadir pada majlis pemakaman model berkenaan untuk penghormatan terakhir dan memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa.
Coco Siew disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu lalu ketika menjalani prosedur sedut lemak.
Apa yang lebih mengejutkan doktor yang bertanggungjawab terhadap pembedahan model tersebut juga tidak mempunyai lesen perubatan estetik yang sah dan profesional.
Tak sempat sambut hari bahagia bersama kekasih
Difahamkan model berkenan akan melangsungkan pernikahannya bersama pasangan pada akhir tahun ini ingin kelihatan cantik untuk majlis perkahwinannya itu.
Namun, semuanya berakhir selepas dia mendapat suntikan anestetik di lengannya dan jantungnya mula berdegup perlahan sebelum terpaksa dikejarkan ke hospital.
Adik lelaki Coco juga memberitahu, ahli keluarga pemilik pusat kecantikan tersebut setiap hari mereka merasa bersalah dengan kejadian yang berlaku terhadap mangsa. Jadi, wajarlah untuk mereka datang memberi penghormatan terakhir buatnya.
Tambahnya, dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan mereka.
Coco Siew sebelum ini sentiasa menjalani gaya hidup sihat dan cergas malah, dia juga pernah menyertai pertandingan model Asia yang dianjurkan pada tahun 2014.